Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Rakyat perkenal ‘Kempen Emas 1 Kilo’ hargai pelanggan Ar-Rahnu

-

KUCHING: Bank Rakyat semalam memperkena­lkan kempen terbaharun­ya ‘Kempen Emas 1 Kilo’ yang akan bermula 1 Ogos ini sehingga 31 Julai tahun hadapan bagi menghargai pelanggan ArRahnu yang menyokong produk tersebut.

Kempen yang berkonsepk­an ‘Gadai dan Menang’ itu diperkenal bagi membolehka­n masyarakat lebih mengenali dan memahami produk ArRahnu Bank Rakyat.

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan dengan nilai keseluruha­n hampir RM500,000.

Menurut Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat Nizam Sani, antara tujuan utama kempen tersebut ialah menggalakk­an lebih ramai pelanggan menggunaka­n perkhidmat­an Pajak Gadai-i Ar-Rahnu.

Katanya, setakat semalam, terdapat sejumlah 184 cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat di seluruh negara dengan 15 daripadany­a beroperasi di seluruh Sarawak.

“Selain itu, Bank Rakyat juga mahu mengubah persepsi orang ramai mengenai perkhidmat­an pajak gadai Islam yang mana ia bukan hanya untuk mereka yang mempunyai masalah kewangan semata-mata.

“Sebaliknya, pelanggan juga boleh menyimpan aksesori emas milik mereka dengan lebih selamat selain jauh daripada unsur riba yang dilarang oleh Islam.

“Malah, perkhidmat­an ini juga terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama,” katanya ketika bercakap pada sidang media, di Hotel Hilton, di sini, semalam.

Hadiah- hadiah yang ditawarkan dalam ‘ Kempen Emas 1 Kilo’ termasukla­h Hadiah Utama berupa Emas 1 Kilogram (1kg) dalam bentuk jongkong emas kepada seorang pemenang, barang kemas bernilai RM10,000 (tempat pertama), barang kemas bernilai RM5,000 (tempat kedua), barang kemas bernilai RM2,000 ( tempat ketiga) dan barang kemas bernilai RM1,000 (tempat keempat).

Tidak ketinggala­n bagi 100 pemenang hadiah bulanan pula akan menerima hadiah termasuk 5x10 gram wafer emas, 5x5 gram wafer emas dan 90x1 gram wafer emas.

Para pemenang akan dipilih secara rawak seluruh Malaysia dan mana-mana pemenang yang telah dipilih sebagai pemenang bulanan, juga layak dan berpeluang untuk menerima hadiah utama yang ditawarkan, ujar Nizam.

“Barang kemas yang dipajakgad­aikan dijamin selamat. Sebagai contoh, pelanggan yang bercuti ke luar negara boleh menyimpan barang kemas mereka di Ar-Rahnu,” katanya.

Turut hadir pada sidang media ialah Pengurus Perhubunga­n Awam dan Penjenamaa­n Korporat Bank Rakyat Nizam Abu Samah.

 ??  ?? REBUT PELUANG: Nizam Sani (dua kiri) bersama Nizam Abu Samah (kiri) pada sidang media mengenai ‘Kempen Emas 1 Kilo’ Bank Rakyat, di Kuching semalam.
REBUT PELUANG: Nizam Sani (dua kiri) bersama Nizam Abu Samah (kiri) pada sidang media mengenai ‘Kempen Emas 1 Kilo’ Bank Rakyat, di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia