Utusan Borneo (Sarawak)

KUNITA perlu buat perubahan untuk perluas sumber ekonomi organisasi

-

BINTULU: Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA) Bintulu digesa membuat perubahan lebih besar dalam organisasi supaya boleh menyumbang ke arah meningkatk­an sosioekono­mi setempat terutama sektor perikanan.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, untuk tujuan itu, pihak berkaitan harus lebih proaktif dalam memperluas kegiatan ekonomi bukan hanya dalam pengeluara­n produk pemprosesa­n ikan tetapi juga perkhidmat­an lain seperti jahitan, penyediaan makanan, inap desa dan kraf tangan.

“KUNITA mesti berdaya saing dalam perancanga­n mereka dan menjalanka­n lebih banyak aktiviti ekonomi untuk meningkat pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpuna­n KUNITA Bintulu di sini baru-baru ini dan majlis penutupan program itu telah dirasmikan oleh Azman Abdul Rahman yang mewakili Tiong.

Tiong turut mencadangk­an penubuhan koperasi bagi wanita nelayan sejajar aspirasi kerajaan agar ahli KUNITA mampu menjadi usahawan berjaya.

“Dengan penubuhan koperasi ini, ia akan mewujudkan peluang untuk anak bekerja termasuk memperluas rangkaian pemasaran produk berkaitan,” katanya.

Katanya, Lembaga Kema- juan Ikan Malaysia (LKIM) dan PNK dapat membantu dengan menyediaka­n panduan dalam aspek pembungkus­an, pemasaran termasuk strategi pemasaran terkini contohnya dalam perniagaan produk melalui trak makanan.

Beliau turut menggesa agar ahli KUNITA meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n mereka dengan menghadiri kursus oleh agensi yang berkaita

Seramai 135 ahli Kumpulan Warga Nelayan (KUNITA) Bintulu dan 10 cawangan lain menghadiri majlis perhimpuna­n KUNITA di Bintulu.

Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa program itu antaranya senam aerobik, aktiviti sukan, pertanding­an lukisan, pertanding­an tarian dan sebagainya.

Sementara itu, Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Wilayah 3 Miri, Saliah Mudin berkata, objektif program itu adalah untuk memupuk hubungan rapat dan kerjasama dalam kalangan anggota di samping untuk mengaktifk­an semula ahli-ahli lama menyertai aktiviti sosial.

Katanya, usaha itu juga sejajar dengan perkembang­an teknologi semasa supaya ahliahli lebih berdaya saing dan bermotivas­i untuk terus meningkatk­an pendapatan mereka dalam sektor perniagaan melalui KUNITA.

“Program ini juga merupakan sebahagian daripada Gelombang Nelayan Nasional (GNN 2017) dilaksanak­an seluruh negara apabila pelancaran­nya dijangka dirasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 14 Oktober tahun ini.

“Kita berharap program seperti ini akan dapat mengubah pemikiran nelayan tempatan di sini,” katanya.

Hadir pada program itu ialah Pada Bijoyang mewakili pengarah LKIM negeri, Pengurus Besar Persatuan Kawasan Nelayan Bintulu (PNK) Awang Ismail Awang Sharie dan Pengerusi PNK Bintulu Jumat Brahim.

 ??  ?? KONGSI ILMU: Peserta kursus menimba ilmu untuk menghasilk­an ‘Apps’ semasa kursus berkenaan.
KONGSI ILMU: Peserta kursus menimba ilmu untuk menghasilk­an ‘Apps’ semasa kursus berkenaan.
 ??  ?? SAINGAN: Anggota KUNITA yang menyertai pertanding­an menganyam ketupat.
SAINGAN: Anggota KUNITA yang menyertai pertanding­an menganyam ketupat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia