Utusan Borneo (Sarawak)

Aspirasi rakyat bangun Bukit Assek

SUPP harap rancangan projek pembanguna­n semula menjadi kenyataan

- Oleh Watt Zacchaeus

Jangan salah faham kerana projek ini adalah untuk rakyat Bukit Assek dan bukannya mencari keuntungan untuk kepentinga­n peribadi.

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek berharap rancangan projek pembanguna­n untuk membangun semula dan mewujudkan kawasan Bukit Assek lebih selesa dan meriah untuk didiami menjadi kenyataan.

Bercakap pada sidang akhbar kelmarin, Pengerusin­ya Chieng Buong Toon berkata, rancangan dicadangka­n itu merupakan aspirasi rakyat Bukit Assek.

Menurutnya, penduduk Bukit Assek menderita akibat tanah rendah menyebabka­n rumah runtuh, masalah saliran, masalah denggi dan masalah banjir.

Beliau berkata, penduduk mula keluar dari kawasan tersebut untuk berhijrah atau tinggal di tempat lain sementara rumah ditinggal itu disewa murah kepada penduduk luar bandar berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

“Rentetan itu, Bukit Assek menjadi sebuah kawasan daif di mana jenayah terus meningkat.

“Masalah ini telah mengakibat­kan penurunan nilai harta tanah meskipun nilainya tinggi kerana kedudukann­ya di kawasan bandar sesuai untuk lokasi strategik perdaganga­n di sini.

“Ia adalah satu projek besar kami percaya kerajaan harus

Chieng Buong Toon Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek

terlibat untuk membentuk perkongsia­n pintar.

“Melalui ini penduduk di kawasan tersebut akan berasa lega dapat mendiaminy­a semula dengan lebih selesa dan yakin,” katanya lagi.

Chieng memberitah­u, SUPP Cawangan Bukit Assek telah membuat cadangan itu kepada bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada tahun 2015 dan beliau telah bersetuju dengan cadangan mereka itu.

“Bagaimanap­un, perkara tidak dijangka berlaku dan kabinet telah pun dirombak. Sekarang kita mempunyai kabinet baharu.

“Kami akan berjumpa dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian tidak lama lagi dan mengemukak­an cadangan itu kepadanya,” katanya sambil menambah bahawa jika cadangan itu diluluskan mereka akan memberikan lebih banyak maklumat terperinci mengenai rancangan itu.

Beliau berkata, pada masa ini, antara ciri-ciri rancangan yang dicadangka­n termasuk kemudahan sukan, laluan bertingkat, kondominiu­m, kawasan komersil, klinik kesihatan dan banyak lagi.

Beliau percaya, projek itu boleh memberi manfaat kepada sekurang- kurangnya 10,000 orang tinggal di kawasan itu.

“Ada di antara mereka yang berpindah kerana keadaan kawasan itu yang kurang selesa untuk didiami,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga turut memberi jaminan bahawa ini tidak akan menjadi projek mega kepada SUPP Cawangan Bukit Assek tetapi lebih kepada projek rakyat.

“Jangan salah faham kerana projek ini adalah untuk rakyat Bukit Assek dan bukannya mencari keuntungan untuk kepentinga­n peribadi.

“Bagi mereka tinggal di sana sekarang, kami tidak meminta mereka berpindah dan tinggal di tempat jauh seperti Rantau Panjang.

“Tetapi kami akan membina sebuah kondominiu­m untuk mereka dan sebaik sahaja ia selesai, mereka akan dipindahka­n ke kondominiu­m,” tegasnya.

Beliau berkata projek itu melibatkan lebih daripada 120 hektar tanah yang terdiri daripada Jalan Hua Kiew, Jalan Layang Layang, Lai Chee Lane, Truth Lane, Emplam Lane, Jalan Tiong Hua, Rambutan Lane, Merlin Lane, Jalan Punai, Lanes 8 dan 10 Jalan Oya, Langsat Lane, Foochow Lane, Har- din Walk, Jalan Pedada, Jalan Huo Ping dan Jalan Kapor.

Beliau berkata, projek itu kelak akan dilakukan dalam dua fasa.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bukit Assek, Kaunselor Joseph Chieng juga berkata bahawa realisasi rancangan yang dicadangka­n itu akan memberi harapan baharu kepada rakyat Bukit Assek.

“Saya rasa ia akan menjadi pelan induk yang sangat penting untuk Sibu,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa sebaik sahaja mereka mendapat kelulusan, mereka akan mengadakan sesi dialog dengan penduduk di situ mengenai projek itu.

“Dengan mendengar pendapat penduduk, saya fikir ia akan menjadi input penting bagi perundinga­n projek itu,” tambahnya.

 ??  ?? PROJEK RAKYAT: Chieng (duduk, tiga kanan), Joseph (duduk, dua kanan) serta yang lain ketika menunjukka­n pelan projek pembanguna­n Bukit Assek pada sidang media di Sibu, kelmarin.
PROJEK RAKYAT: Chieng (duduk, tiga kanan), Joseph (duduk, dua kanan) serta yang lain ketika menunjukka­n pelan projek pembanguna­n Bukit Assek pada sidang media di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia