Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an memasak Persatuan Foochow Simanggang

-

SRI AMAN: Persatuan Foochow Simanggang Sayap Pemuda dan Wanita akan menganjur pertanding­an memasak pada 30 Julai ini bertempat di Mini Stadium, Sri Aman bermula jam 4.30 petang.

Kenyataan media persatuan berkenaan berkata, pertanding­an tersebut terbuka kepada penduduk di Sri Aman sahaja.

Menurut kenyataan itu lagi, pertanding­an itu ditaja sepenuhnya Petronas Gas Sri Aman menerusi wakil ejennya iaitu Munan Trading Company.

“Manakala ayam dimasak oleh peserta pertanding­an ditaja sepenuhnya Teck Hong Enterprise, Sri Aman,” tambah kenyataan itu lagi.

Tambah kenyataan itu lagi, semua peserta pertanding­an dikehendak­i memasak ayam tersebut di tapak pertanding­an.

Dalam pada itu katanya, johan pertanding­an bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM400, piala dan hadiah iringan, naib johan RM200, piala dan hadiah iringan manakala tempat ketiga RM 150, piala dan hadiah iringan.

Manakala tempat keempat juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100 berserta hadiah iringan.

Jelas kenyataan itu lagi, semua pemenang hadiah sagu hati juga bakal menerima hadiah iringan lain. SIBU: Sibu Life Care Society mengadakan kempen menderma darah di pusat membeli- belah Delta Mall, Jalan Pedada di sini hari ini.

Kempen tersebut dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, Persatuan Kwai Siew Sibu, Kieng Huat Hon dan Max Power Sale & Marketing Co.

Pengerusi Sibu Life Care Society, Lee Mee Lay dalam satu kenyataan media semalam memberitah­u kempen tersebut dijadualka­n bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Justeru, orang ramai berminat menderma darah dialu- alukan datang menyertain­ya.

MaMaklumat­klumat ll aanjutnjut boleh diperolehi dengan menghubung­i Lee Mee Lay di talian 0198587768 atau Hii Hing Yiu ( 019- 8941596).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia