Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Seni Kuching juara pertanding­an drama KOMSAS peringkat negeri

-

BINTULU: Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Seni Kuching muncul johan Pertanding­an Drama KOMSAS ( Komponen Sastera) Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsun­g di Dewan Suarah Rabu lalu.

Manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masingnya disandang SMK Riam Miri dan SMK Bandar Sarikei.

Anugerah pelakon lelaki dan perempuan terbaik disandang oleh Afiff Shafie dan Elizabert Bungga diikuti anugerah pelakon pembantu lelaki dan pembantu perempuan terbaik menjadi milik Rino Ajai dan Nurul Farhana.

Kedua-dua anugerah untuk Sinografi terbaik dan pengarah terbaik pula menjadi milik SMK Seni Kuching.

Dalam Pertanding­an Bicara Berirama ( Sekolah Menengah) menyaksika­n SMK Sarikei Baru muncul johan diikuti naib johan dan tempat ketiga masing-masingnya disandang oleh SMK Kidurong dan SMK Seni Kuching.

Johan kategori sekolah ren- dah Pertanding­an Bicara Berirama pula diraih oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Sarikei. Naib johan dan tempat ketiga pula masingmasi­ng disandang oleh SK Tanjung Batu Bintulu dan SK Ulu Ranan Kanowit.

Anugerah skrip terbaik sekolah menengah untuk bicara berirama masing-masingnya diraih oleh SMK Sarikei Baru dan SK Methodist Sarikei. Anugerah konduktor terbaik untuk sekolah menengah dan rendah turut disampaika­n dalam pertanding­an itu.

Hadiah kepada sekolah yang menang termasuk pemenang sagu hati telah disampaika­n oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Yusuf Harbi.

Berucap pada majlis itu Yusuf berkata, penyertaan pelajar dalam pertanding­an itu dengan menyampaik­an apa yang telah dilatih oleh guru- guru mereka akan membentuk keterampil­an dan memantap keyakinan pelajar semasa bercakap di khalayak ramai.

Beliau berharap pada masa hadapan lebih banyak sekolah menyertai pertanding­an itu supaya lebih meriah dan menyeronok­kan para pelajar.

 ??  ?? JOHAN: Yusuf (tiga kiri) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada pelajar mewakili kumpulan SMK Seni Kuching yang muncul johan Pertanding­an Drama KOMSAS Peringkat Negeri Sarawak sambil disaksikan oleh jawatankua­sa pengelola dan tetamu lain.
JOHAN: Yusuf (tiga kiri) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada pelajar mewakili kumpulan SMK Seni Kuching yang muncul johan Pertanding­an Drama KOMSAS Peringkat Negeri Sarawak sambil disaksikan oleh jawatankua­sa pengelola dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia