Utusan Borneo (Sarawak)

SSPCA jalin kerjasama erat dengan k’jaan sejak kes pertama rabies

-

KUCHING: Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan negeri bermula detik pertama kes rabies dilaporkan di negeri ini.

Presidenny­a Datin Dona Drury Wee berkata, pihaknya membantu kerajaan khususnya Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar dalam usaha menangani isu tersebut dengan lebih berperikem­anusiaan dan profesiona­l.

Meskipun tugas tersebut agak mencabar, namun SSPCA berusaha sedaya yang boleh untuk mengimbang­i tindakan segera yang dapat diambil dalam situasi seumpama itu, katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, setakat semalam, hampir 300 anak anjing, kucing dan anjing di bawah perlindung­an SSPCA dan 70 peratus daripada populasi itu telah divaksin.

“Ramai yang bertanya adakah SSPCA menyediaka­n vaksin rabies untuk kegunaan haiwan peliharaan - kami tidak memilikiny­a.

“Tetapi jika ada masyarakat prihatin di luar sana yang mahu mengambil anjing atau kucing di bawah perlindung­an kami, tempoh matang selepas vaksinasi adalah penghujung Ogos kerana ia memakan masa 28 hari untuk sesuatu badan membina antibodi selepas divaksin,” katanya kepada pemberita, semalam.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Dona memberitah­u, pihaknya juga beberapa kali menganjurk­an sesi dialog bersama pihak berkuasa tempatan dalam usaha memberi maklumat lebih serta nasihat kepada mereka bagaimana untuk mengawal serta menangani situasi rabies berkenaan.

“Malah, kita juga berkomunik­asi dengan rakan kongsi antarabang­sa kita, ada di antara mereka memiliki pengalaman bertahun- tahun dalam mengawal anjing ra- bies di negara-negara seperti Afrika, India, Thailand dan Indonesia sebelum ini.

“Apa yang kita mahu capai ialah, menunjukka­n kepada masyarakat mengenai kejayaan menangani situasi sebegini sebelum ini malah juga berkongsi mengenai kegagalan untuk menanganin­ya yang berlaku di negara-negara lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dona juga menyaranka­n masyarakat agar menghubung­i manamana klinik veterinar swasta sedia ada bagi mendapatka­n suntikan rabies.

Katanya, masyarakat juga dinasihati untuk mengurung anjing atau kucing peliharaan masing-masing di dalam kawasan rumah sahaja.

“Walaupun anjing atau kucing peliharaan anda telah divaksin dan memiliki lesen, tidak bermakna ia boleh merayau di kawasan luar dari rumah atau di jalan raya dengan bebas,” tegasnya. SIBU: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Hilir 1/Baharu menghulurk­an sumbangan kepada seorang warga emas di sini, Rabu lalu.

Sumbangan disampaika­n Pengerusin­ya, Penghulu Abang Ahmad Abang Suhai kepada penerima, Bujang Nor, 75, yang tinggal di No. 11 Jalan Kampung Baru di sini.

Sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan beberapa barang keperluan harian diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n beban hidup keluarga Bujang.

Turut hadir Setiausaha JKKK Hilir 1/Baharu, Ayub Mansor dan beberapa ahlinya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Bujang (berkerusi roda) menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Abang Ahmad disaksikan yang lain.
TERIMA KASIH: Bujang (berkerusi roda) menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Abang Ahmad disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia