Utusan Borneo (Sarawak)

BPKU dan PERKOBF anjur Kursus Asas Pemahaman Taraf Bumiputera 17 Ogos

-

SIBU: Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Zon Tengah akan menganjurk­an Kursus Asas Pemahaman Taraf Bumiputera di Hotel Li Hua di sini pada 17 Ogos, jam 9 pagi.

Pengerusi PERKOBF Zon Tengah, Jawi Anom berkata kursus itu terbuka kepada semua ahli dari Kanowit, Selangau, Mukah, Sarikei, Kapit, Julau dan sebagainya.

“Kursus ini adalah untuk memperbaha­rui lesen dan meningkatk­an tahap pemaha- man kita dalam bidang tersebut,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hadir sama Naib Presiden II PERKOBF Sarawak yang juga Timbalan Pengerusi PERKOBF Zon Tengah Jimbau Galau, Setiausaha PERKOBF Zon Tengah, July Vincent serta ahli-ahli yang lain.

Jawi memberitah­u, BPKU menyediaka­n sijil kepada peserta selepas tamat kursus dan diberikan seminggu selepas kursus.

“Ahli-ahli berminat diminta mendaftar penyertaan mereka di ekursus.kkr.gov. my secara talian.

“Apabila mendaftar di laman sesawang itu nama mereka secara automatik disimpan dalam data/sistem untuk didaftarka­n pada kursus-kursus yang lain kelak,” ujarnya.

Beliau berkata, yuran kursus dikenakan sebanyak RM50 untuk membayar sewa venue kursus dan sajian disediakan.

Jelasnya, tarikh tutup pendaftara­n adalah pada 11 Ogos dan sebaran pertanyaan lanjut diminta untuk menghubung­i July di talian 011-22228622.

Sehubungan itu, Jawi memberitah­u bahawa PERKOBF Zon Tengah membuka keahlian kepada ahli-ahli baharu.

“Bagi mendaftar sebagai ahli, sila rujuk kepada July atau e-melkan kepadanya di julymni@yahoo.com.my bagi pendaftara­n lanjut,” katanya.

PERKOBF kini mempunyai seramai 200 ahli dari kawasan zon tengah.

 ??  ?? BANGUN BUMIPUTERA: Jawi (tiga kiri), Jimbau (kiri), July (tengah) serta yang lain pada sidang media PERKOBF di Sibu, semalam.
BANGUN BUMIPUTERA: Jawi (tiga kiri), Jimbau (kiri), July (tengah) serta yang lain pada sidang media PERKOBF di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia