Utusan Borneo (Sarawak)

Lawas bakal miliki CENTEXS bernilai RM50 juta

Ia akan menyediaka­n pelbagai kemudahan latihan pendidikan vokasional dan teknikal di utara S’wak

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Lawas bakal mempunyai Pusat Kecemerlan­gan Teknikal (CENTEXS) bernilai RM50 juta untuk dibangun bagi kemudahan pendidikan vokasional dan teknikal di utara negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata CENTEXS akan menyediaka­n pelbagai bentuk latihan kemahiran kepada pelajar termasuk kimpalan, latihan berasaskan minyak dan gas, jahitan dan sebagainya.

Beliau berkata projek kerajaan itu melalui Yayasan Sarawak akan dibangunka­n di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan keluasan tapak 11 ekar, tidak jauh dari pusat bandar.

“Tiada sebab dan alasan mengapa anak kita tidak boleh berjaya sama ada dalam bidang akademik atau vokasional dan kemahiran,” katanya pada majlis penyampaia­n Bantuan Pakaian Seragam Daerah Lawas di sini semalam yang turut dihadiri Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang.

Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua itu berkata, peluang sentiasa diberi kerajaan negeri dengan menyediaka­n pelbagai institusi kemahiran diterokai dan ceburi.

Beliau juga mahu faktor kemiskinan tidak dijadikan alasan sebagai penghalang mencapai kejayaan.

“Ini kerana hanya pendidikan akan mengubah nasib dan masa depan anak,” katanya sambil menambah, Yayasan Sarawak diitubuh pada 1971 telah memainkan peranan membantu pelajar khususnya kurang mampu melalui pinjaman dan bantuan pendidikan.

Katanya, Yayasan Sarawak antara agensi penting memainkan peranan penting dalam membantu dalam pembanguna­n pendidikan di negeri ini,

Jelasnya kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg amat prihatin terhadap pembanguna­n pendidikan dengan menambah jumlah bantuan daripada RM100 kepada RM200.

Jelasnya lagi peranan dan tanggungja­wab untuk membangunk­an modal insan tidak seharusnya diletakkan di atas bahu guru dan sekolah sahaja. “Saya berpendapa­t jika kita bercakap tentang masyarakat pendidik masa ini, skopnya telah menjadi lebih meluas dengan penglibata­n bersama ibu bapa, komuniti dan pelajar itu sendiri,” katanya.

Seramai 491 murid daripada 33 sekolah rendah dan menengah di Lawas menerima baucar pakaian seragam dan 11 pelajar dari lima sekolah rendah dan menengah menerima hadiah cemerlang dalam peperiksaa­n utama.

Tiada sebab dan alasan mengapa anak kita tidak boleh berjaya sama ada dalam bidang akademik atau vokasional dan kemahiran. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? CEMERLANG: Awang Tengah menyerahka­n hadiah kepada salah pelajar cemerlang semalam.
CEMERLANG: Awang Tengah menyerahka­n hadiah kepada salah pelajar cemerlang semalam.
 ??  ?? TAKLIMAT: Abang Johari bersama rombongan mendengar taklimat semasa kunjungan itu.
TAKLIMAT: Abang Johari bersama rombongan mendengar taklimat semasa kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia