Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih RM2.2j bantuan untuk mangsa kebakaran

Perbelanja­an bantuan dibimbangi terus meningkat, ketua isi rumah digesa prihatin cegah kebakaran

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Perbelanja­an bantuan untuk mangsa bencana kebakaran di negeri ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini meningkat kepada lebih RM2.2 juta.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata, jumlah ini lebih besar berbanding keseluruha­n perbelanja­an bantuan bagi tahun 2016 iaitu sebanyak lebih RM1.3 juta.

“Setakat Jun tahun ini sahaja, sebanyak 105 kes kebakaran direkod melibatkan sebanyak 370 keluarga dan 1,661 mangsa dan kita bimbang angka ini akan meningkat sehingga hujung tahun ini.

“Sebab itu kita mengingatk­an orang ramai terutama ketua isi rumah supaya mengambil perhatian akan nasihat daripada pihak bomba terutama langkah- langkah keselamata­n bagi mencegah kebakaran,” ujarnya.

Setakat Jun tahun ini sahaja, sebanyak 105 kes kebakaran direkod melibatkan sebanyak 370 keluarga dan 1,661 mangsa dan kita bimbang angka ini akan meningkat sehingga hujung tahun ini. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyampaia­n bantuan kepada 12 wakil mangsa kebakaran melibatkan perbelanja­an sebanyak RM65,550 di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Terdahulu dalam taklimat, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Tiong Ling Hii berkata, kes kebakaran melibatkan rumah meningkat kepada 73 kes bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 64 kes pada tahun 2016.

Berdasarka­n siasatan pihak bomba, kebanyakan kes kebakaran ini berpunca daripada kecuaian penghuni terutama dari segi penggunaan peralatan elektrik.

Jadi, katanya, setiap isi rumah perlu mempunyai alat pemadam api untuk mencegah kebakaran daripada merebak dan merugikan harta benda yang tidak ternilai harganya.

“Saya syorkan pemadam api jenis debu kering yang sesuai untuk (memadam) api pada harga RM120 satu unit.

“Macam mana hendak beli? Anda boleh pergi ke laman web bomba dan di situ ada senarai pembekal sah alat pemadam api ini.

“Alat pemadam api ini mungkin agak mahal bagi sesetengah daripada kita, tetapi dengan RM120 yang dibelanja untuk membeli alat ini dapat menyelamat­kan harta kita yang tidak terhitung nilainya,” katanya.

Dalam pada itu, untuk statistik, sebanyak 73 kes kebakaran melibatkan struktur bangunan berjaya dipadamkan dengan alat pemadam api bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2016. Manakala, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini pula, sebanyak 47 kes kebakaran berjaya dipadam dengan alat pemadam api.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Fatimah (barisan kedua, empat kanan) dan Tiong di sebelah kiri beliau merakamkan kenangan bersama penerima bantuan kebakaran dan MRP bagi N.56 Dalat di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Fatimah (barisan kedua, empat kanan) dan Tiong di sebelah kiri beliau merakamkan kenangan bersama penerima bantuan kebakaran dan MRP bagi N.56 Dalat di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia