Utusan Borneo (Sarawak)

392 kes pembakaran terbuka bagi tempoh 1 Januari hingga 24 Julai

-

SIBU: Sejumlah 392 kes pembakaran terbuka memusnahka­n kawasan seluas 189.13 hektar telah dicatatkan dari 1 Januari hingga 24 Julai tahun ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah itu, 243 kes adalah kebakaran belukar yang memusnahka­n tujuh hektar tanah.

Namun katanya, 20 kes kebakaran hutan yang berlaku telah memusnahka­n kawasan seluas 149 hektar. “Sejumlah 13 kes lagi melibatkan kebakaran kebun yang men- jejaskan kawasan seluas 31 hektar dan satu kes kebakaran tanah gambut melibatkan kawasan seluas 2.13 hektar,” ujarnya.

Kebakaran sampah pula mencatat 96 kes dan 19 kebakaran lain, di mana kedua- duanya tidak melibatkan sebarang kemusnahan kawasan.

“Kes kebakaran terbuka tertinggi dicatatkan pada bulan Jun dengan 66 kes membabitka­n kawasan seluas 0.73 hektar, diikuti bulan April dengan 60 kes serta kawasan seluas 54.2 hektar,” ujarnya sambil memberitah­u, Miri mencatat kes pembakaran terbuka tertinggi di negeri ini.

Nor Hisham berkata, kes pembakaran terbuka pada tahun ini masih kurang jika dibandingk­an dengan kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Pada tahun 2016, terdapat 703 kes dan 2,344.5 hektar kawasan terjejas akibat kebakaran, berbanding 392 kes dan 189.13 hektar pada tahun ini,” jelasnya.

Ditanya sama ada pihak JBPM sudah bersedia menghadapi musim kemarau, beliau memberitah­u pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n. “Kita juga meminta kerjasama orang ramai dengan tidak melakukan pembakaran terbuka semasa cuaca panas dan kering ini,” tambah Nor Hisham.

 ??  ?? NOR HISHAM
NOR HISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia