Utusan Borneo (Sarawak)

Perbicaraa­n kes bunuh Kim Jong-nam bermula 2 Oktober

Pihak pendakwaan akan memanggil 30 hingga 40 saksi

-

Kami juga telah menyerahka­n 33 dokumen berkaitan kes ini kepada pihak pembelaan pada pagi ini (semalam). Kami mempunyai tiga lagi dokumen dan akan diserahkan dalam dua atau tiga hari lagi.

SHAH ALAM: Perbicaraa­n dua wanita asing yang menghadapi pertuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jongun akan bermula 2 Okt di Mahkamah Tinggi di sini dengan pihak pendakwaan akan memanggil 30 hingga 40 saksi untuk memberi keterangan.

Hakim Datuk Azmi Ariffin berkata, kedua- dua pihak bersetuju perbicaraa­n akan diadakan selama 11 hari pada Oktober dan 12 hari pada November dengan pengakuan daripada keduadua tertuduh akan direkodkan pada hari pertama perbicaraa­n.

Perbicaraa­n akan bermula 9 pagi, kata Hakim Azmi.

Warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, dituduh bersama-sama empat yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 Feb tahun ini.

Kedua-dua tertuduh yang kelihatan tenang, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesala-

Muhamad Iskandar Ahmad Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor

han.

Mahkamah turut membenarka­n permohonan pihak pendakwa raya untuk kes itu dibicaraka­n bersama.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Muhamad Iskandar Ahmad, yang mengetuai pasukan pendakwa raya, memohon bagi keduadua tertuduh dibicaraka­n bersama-sama kerana kes itu melibatkan perkara sama.

Beliau turut memaklumka­n mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan memanggil antara 30 hingga 40 saksi termasuk 10 saksi pakar serta beberapa saksi warga asing bergantung kepada perkembang­an perbicaraa­n itu.

Kami juga telah menyerahka­n 33 dokumen berkaitan kes ini kepada pihak pembelaan pada pagi ini (semalam).

Kami mempunyai tiga lagi dokumen dan akan diserahkan dalam dua atau tiga hari lagi, katanya.

Peguam Gooi Soon Seng mewakili Aisyah manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Naran Singh mewakili Doan.

Naran turut meminta pihak pendakwaan untuk membekalka­n kenyataan saksi daripada saksi- saksi pakar kepada pihak pembelaan menjelang akhir Ogos, namun Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin menjawab pihak pendakwaan tidak berhasrat menyediaka­n kenyataan saksi kerana saksi-saksi akan memberi keterangan secara langsung di mahkamah.

Hakim Azmi, bagaimanap­un berkata sekiranya pihak pendakwaan mengubah fikiran, mereka boleh membekalka­n kenyataan saksi kepada pihak pembelaan menjelang akhir Ogos.

Hakim turut membenarka­n permohonan Hisyam untuk berjumpa dan bercakap dengan anak guamnya selama setengah jam kerana beliau tidak berpeluang untuk berbuat demikian.

Terdahulu, Siti Aisyah dan Doan yang memakai baju kurung dibawa ke bilik mahkamah pada kira- kira jam 9.35 pagi. Siti

Kedua-duanya dilihat bercakap dengan peguam bela masing-masing dan juga pegawai daripada kedutaan Vietnam dan Indonesia.

K e d u a - d u a n y a p e r - tam kali dihadapkan di mahkamah bagi pertuduhan membunuh itu pada 1 Mac di Mahkamah Majistret Sepang.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua- dua tertuduh kerana hukuman mati terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kes itu kemudianny­a dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Mei.

Menurut Seksyen 172B Kanun Acara Jenayah, perbicaraa­n perlu bermula tidak lebih daripada 90 hari dari tarikh pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

D i l a p o r k a n J o n g - nam yang hidup terasing daripada adiknya itu, berada di klia2 pada 13 Feb untuk menaiki penerbanga­n ke Macau apabila dua wanita menghampir­inya dan tiba-tiba menyapu mukanya dengan cecair bertoksik yang kemudianny­a dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam, yang melakukan perjalanan dengan menggunaka­n pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Beliau datang ke Malaysia pada 6 Feb.

Di luar mahkamah, Pemangku Duta Besar Indonesia, Andreano Erwin ketika ditanya kenapa Siti Aisyah menangis selepas prosidin semalam, katanya wanita itu berasa sedih selepas dimaklumka­n proses perbicaraa­n akan mengambil masa agak lama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIKAWAL KETAT: Doan yang menghadapi pertuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dikawal ketat anggota polis ketika keluar dari Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama DIKAWAL KETAT: Doan yang menghadapi pertuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dikawal ketat anggota polis ketika keluar dari Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERTUDUHAN: Siti Aisyah yang menghadapi pertuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dikawal ketat oleh anggota polis ketika keluar dari Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama PERTUDUHAN: Siti Aisyah yang menghadapi pertuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dikawal ketat oleh anggota polis ketika keluar dari Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BUNUH: Darmadi dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh dan merompak di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka.
— Gambar Bernama BUNUH: Darmadi dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh dan merompak di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia