Utusan Borneo (Sarawak)

Nama bapa: Peguam negara teliti keputusan Mahkamah Rayuan

-

PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan meneliti keputusan Mahkamah Rayuan, yang membenarka­n anak luar nikah orang Islam menggunaka­n nama bapanya, sebelum membuat keputusan sama ada membenarka­n permohonan rayuan kes itu di Mahkamah Persekutua­n.

Ketua Bahagian Sivil di Jabatan Peguam Negara Datuk Amarjeet Singh berkata Mohamed Apandi perlu mendapatka­n input daripada pelbagai pihak sebelum memutuskan mengenai permohonan mengemukak­an rayuan kes itu di Mahkamah Persekutua­n.

Beliau mengesahka­n bahawa permohonan rayuan telah difailkan pada 19 Jun tahun ini. Mahkamah tertinggi kedua negara itu membenarka­n rayuan berkenaan pada 25 Mei dan penghakima­n- nya dibuat kelmarin.

Jabatan Peguam Negara menghadiri prosiding itu bagi pihak Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Ketua Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara dan kerajaan Malaysia dalam kes itu.

Amarjeet Singh berkata, persoalan perundanga­n berkaitan adalah berh u b u n g p e r k a r a y a n g membabitka­n kepentinga­n awam serta melibatkan fatwa dan peruntukan undang-undang bertulis yang menjadi rujukan hakim Mahkamah Rayuan.

Amarjeet juga berkata, pengurusan kes itu ditetapkan pada 18 Sept dan mereka akan memaklumka­n mahkamah pada hari berkenaan sama ada permohonan rayuan itu diteruskan atau tidak.

Mahkamah Rayuan dalam penghakima­nnya membenarka­n rayuan yang dikemu- kakan pasangan yang memfailkan semakan kehakiman untuk memaksa Ketua Pengarah JPN menggantik­an nama anak mereka yang berbin atau berbinti ‘Abdullah’ dengan nama bapa kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran.

Dalam penghakima­nnya, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang merupakan seorang daripada tiga hakim yang bersidang, berkata Ketua Pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa atau fatwa agama yang dikeluarka­n oleh Jawatankua­sa Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan nama bapa anak luar nikah orang Islam.

Beliau berkata, bidang kuasa Ketua Pengarah JPN adalah sivil dan tertakluk kepada menentukan sama ada ibu bapa kanakkanak itu memenuhi syaratsyar­at mengikut Akta Pendaftara­n Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA), yang merangkumi semua kanak-kanak tidak sah taraf orang Islam dan bukan Islam.

Abdul Rahman berpendapa­t fatwa tidak mempunyai kuasa undang-undang dan tidak dapat membentuk asas perundanga­n bagi Ketua Pengarah JPN memutuskan tentang nama bapa anak luar nikah mengikut Seksyen 13A (2) BDRA. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia