Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa lima anak dipenjara, didenda pukul keluarga

-

KUALA LUMPUR: Garagara mengugut untuk membunuh bapa tiri warga Nigeria, seorang pekerja hotel didenda RM1,000 atau penjara satu bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Amin Mohd Nazam, 20, selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan terhadap Muhammad Ifeanyi Nnaji, 31, dengan mengacukan sebilah parang di sebuah rumah di Segambut Dalam di sini pada jam 9 malam, 12 Julai lepas.

Pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal sebagai pengajaran dengan alasan sebagai anak tertuduh perlu menghormat­i bapa tirinya.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum kerana kejadian itu berpunca daripada salah faham dan dia tiada niat melakukan perkara tersebut. — Bernama KUALA LUMPUR: Perbuatan seorang bekas pengurus kewangan memukul anak perempuan dan isterinya sehingga cedera dibalas dengan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhi hukuman itu ke atas Hainizam Abu Samah, 43, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menda- tangkan kecederaan terhadap anaknya, Nurnafiza Nadira, 20, dengan memukul remaja itu menggunaka­n tangan dan kaki.

Hainizam juga mengaku bersalah atas pertuduhan kedua iaitu mencederak­an isterinya, Norzaiha Zainudin, 44, juga menggunaka­n tangan dan kaki.

Bapa lima anak itu dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan pertama, manaka- la bagi pertuduhan kedua, dia dihukum penjara sebulan yang bermula dari tarikh tangkap 25 Julai lepas.

Tertuduh, yang memakai kemeja hitam lengan panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Gombak Setia, Wangsa Maju di sini pada 7.40 pagi, Selasa lepas.

Bagi pertuduhan mencederak­an anaknya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Dia dituduh mencederak­an isterinya mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara maksimum dua tahun.

Mengikut fakta kes, pada 25 Julai lepas, isteri tertuduh te- lah mengadu kepadanya berhubung anak perempuan mereka yang bergaduh dengan teman lelakinya.

Kemudian, tertuduh masuk ke bilik anaknya dan terus memijak beberapa kali bahagian kepala anaknya sehingga lebam di dahi manakala pengadu, yang cuba menenangka­n tertuduh, turut dipijak di bahagian muka dan dada. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia