Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad 24/7 boleh diperluas jika wujud keperluan

Penubuhan skuad sebagai platform orang ramai menyalurka­n sebarang aduan kepada pihak berkuasa

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Projek perintis bagi Skuad 24/7 atau LA Serve boleh diperluask­an ke pihak berkuasa tempatan (PBT) di bahagian lain di negeri ini pada masa akan datang jika wujud keperluan.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, enam PBT iaitu Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS), Majlis Daerah Sri Aman (MDSA), Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah dipilih bagi menubuhkan skuad perintis tersebut.

“Bermula dengan enam PBT ini, kita boleh memperluas­kan penubuhan skuad ini ke PBT yang lain jika ada dan wujud keperluan, jika terbukti bahawa inisiatifi­nisiatif tersebut mempunyai nilai tambah dan mengurangk­an aduan orang awam serta meningkatk­an keberkesan­an sistem penyampaia­n PBT,” ujarnya.

Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi berkata, keenam- enam PBT yang terpilih kecuali MDSA akan menerima sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua motosikal.

Beliau menambah, objektif penubuhan skuad adalah untuk membolehka­n orang ramai menyalurka­n sebarang aduan atau isu kepada pihak berkuasa berkenaan.

“Ia juga bagi memastikan pihak majlis menjadi lebih proaktif dan menyelesai­kan sebarang masalah atau kekurangan sebelum sebarang aduan awam dibuat,” katanya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, berdasarka­n kepada Talikhidma­t, PBT menerima aduan yang paling banyak di kalangan agensi kerajaan pada tahun lepas iaitu sebanyak

Ia juga bagi memastikan pihak majlis menjadi lebih proaktif dan menyelesai­kan sebarang masalah atau kekurangan dibuat. ” sebelum sebarang aduan awam Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

9,468 aduan.

Daripada aduan tersebut, isu penyelengg­araan jalan sebanyak 3,254 ( 26 pera- tus), diikuti oleh perparitan ( 2,648), landskap ( 1,773), kebersihan (908) dan penguatkua­saan (885).

 ??  ?? PENGUANG
PENGUANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia