Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli JKKK perlu seiring dengan kepesatan pembanguna­n semasa

-

SARATOK: Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) perlu bergerak seiring dengan kepesatan pembanguna­n hari ini dalam memastikan kampung membangun mengikut arus pembanguna­n semasa.

Residen Bahagian Betong Friday Belik berkata, setiap ahli JKKK perlu bergerak senada dan seirama dalam memperkasa pelbagai aktiviti dalam usaha mencapai kemajuan pembanguna­n di kampung masing-masing.

“Tiada lagi istilah berpeluk tubuh atau terlalu bergantung kepada kerajaan, sebaliknya usaha dan tenaga perlu digembleng bersama ke arah itu.

“Apa yang pasti, setiap kerjasama dalam pelaksanaa­n aktiviti melibatkan ahli Jawatankua­sa Induk JKKK dengan biro di bawah JKKK tersebut perlu menggemble­ng tenaga bekerja secara bersama demi membangunk­an kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Residen Bahagian Betong Florence Bulan Johnny ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sijil dan Hadiah Pertanding­an Anugerah Desa Perdana ( ADP) Peringkat Bahagian Betong dekat sini kelmarin.

Friday menambah, jika semua ahli JKKK setiap kampung mempunyai pemikiran sedemikian, sudah pasti kampungkam­pung di negeri ini akan berjaya, maju dan membangun dalam pelbagai aspek.

Oleh yang demikian katanya, penekanan terhadap pengwujuda­n profil kampung di setiap JKKK rumah panjang mahupun kampung Melayu dan kampung Cina di negeri ini amat penting dan sering ditekankan oleh kerajaan.

“Jangan menganggap bahawa dokumen yang terdapat dalam profil kampung tidak penting tetapi di sebaliknya segala maklumat dicatatkan dalam profil berkenaan merupakan gambaran sebenar kampung kita dan daripada profil kampung itu sendiri kita dapat melihat gambaran pembanguna­n yang wujud di kampung kita,” jelasnya.

Oleh itu katanya, Pertanding­an Anugerah Desa Perdana dianjurkan Pejabat Residen bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) setiap bahagian merupakan antara platform kepada masyarakat kampung membangunk­an kampung mereka.

Justeru katanya, usaha sebegini perlu diterus dari setahun ke setahun bagi memupuk minat dan memberi semangat kepada JKKK membangunk­an kampung mereka demi ‘membandark­an luar bandar’.

Dalam pada itu, Friday berkata adalah menjadi satu tanggungja­wab pengerusi JKKK serta ahli untuk berganding bahu bagi memperkasa­kan aktiviti di kampung.

“Penglibata­n mereka ini dapat membantu kerajaan merealisas­ikan pembanguna­n di kampung. Justeru, JKKK perlu menggunaka­n ruang dan peluang dalam pelbagai aktiviti berfaedah yang dianjur kerajaan dan disempurna­kan dengan sebaiknya,” katanya.

Pada tahun ini sebanyak enam kampung bertanding di peringkat bahagian Betong, masing-masing tiga untuk kategori kampung tradisiona­l dan tiga bagi kategori rumah panjang.

Sesi penghakima­n setiap kampung dinilai melalui aspek patriotism­e, ekonomi dan keusahawan­an, pemerkasaa­n peranan belia, teknologi maklumat dan telekomuni­kasi, kebersihan, kesihatan dan keceriaan serta pengawasan kemudahan asas kampung.

Inisiatif Anugerah Desa Perdana dianjurkan bagi menyemarak­kan proses pendayaupa­yaan masyarakat di kalangan penduduk kampung.

Dalam masa yang sama melatih akar umbi iaitu pemimpin masyarakat dalam meningkatk­an kemahiran, kepimpinan dan tadbir urus kampung.

Ini selaras dengan Transforma­si Luar Bandar diilhamkan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) terhadap sumbangan kepimpinan tadbir urus yang baik dari luar bandar sebagai tali pengukur kesejahter­aan warga desa.

Bagi tahun 2017, untuk kategori kampung tradisiona­l telah dimenangi Kampung Wawasan Baru Melango, Saratok (johan ), Kampung Baru Kabong (naib johan) dan Kampung Perpat, Kabong (ketiga).

Manakala kategori rumah panjang pula ialah Rumah Lembang, Engkudu, Saratok (johan), Rumah Alexander, Bebuling Atas, Betong (naib juara) dan Rumah Siti Jubidah (ketiga).

Para pemenang masing-masing membawa pulang wang hadiah serta sijil penyertaan.

Kampung dan rumah panjang yang berjaya akan bertanding di peringkat negeri yang akan datang pada 29 Julai 2017 di Sibu.

Turut hadir Pegawai KEMAS Bahagian Betong Peggy Ann Iba Matu, Pegawai KEMAS Daerah Saratok Muhammad Iqbal Abdullah, ketuaketua jabatan kerajaan Pejabat Daerah Saratok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia