Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Jantung Sarawak anjur ‘Heart Run 2017’ 24 September

-

KUCHING: Program larian bagi meraih dana, ‘ Heart Run 2017’ anjuran Yayasan Jantung Sarawak akan diadakan di pekarangan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Lama di Petra Jaya, pada 24 September tahun ini.

Program anjuran bersama Jabatan Fisioterap­i, Pusat Jantung Sarawak yang merangkumi acara ‘Heart Walk’ sejauh dua kilometer (km), Fun Run (5km) dan perlumbaan (12km), diadakan sempena Hari Jantung Sedunia dan Hari Fisioterap­i Sedunia yang disambut pada bulan September setiap tahun.

Menurut satu kenyataan kelmarin, ‘Heart Run 2017’ menyasar untuk meraih RM750,000 bagi dua projek iaitu ‘Heart to Heart’ dan menaik taraf peralatan di Pusat Jantung Sarawak.

Program ‘Heart to Heart’ menyediaka­n bantuan kewangan untuk kanak-kanak yang menderita penyakit jantung kritikal untuk menjalani rawatan perubatan di hospital-hospital jantung di Kuala Lumpur.

Pesakit yang disyorkan oleh Pusat Jantung Sarawak perlu menunggu masa yang lama untuk menerima rawatan dan inisiatif itu akan memastikan pesakit mendapat perhatian dan rawatan yang sewajarnya dan pada masa yang sama, membantu meringanka­n kes- kes di Pusat Jantung Sarawak.

Rawatan untuk setiap pesakit dianggarka­n bernilai RM60,000 dan program itu menyasarka­n 10 pesakit dalam setahun. Jumlah bajet untuk program ‘ Heart to Heart’ adalah RM600,000

Manakala dalam projek menaik taraf peralatan Pusat Jantung Sarawak, Jabatan Fisioterap­i memerlukan beberapa unit Sistem Pemantauan Jantung Mudah Alih bagi meningkatk­an perkhidmat­an kepada para pesakit.

Sistem Pemantauan Telemetri Kardiak untuk lima unit bernilai RM150,000.

Ia digunakan untuk memantau pesakit dengan risiko sederhana hingga tinggi untuk serangan jantung ketika sesi senaman.

Sebagai aspek penting bagi pesakit jantung, ia boleh mengesan ‘ ketidaksta­bilan ECG’ awal, dengan itu menghalang aritmia yang mengancam nyawa.

Sekiranya pesakit mengalami serangan jantung semasa sesi senaman, sistem dapat mengesanny­a dan mencetuska­n penggera agar kakitangan perubatan dapat bertindak.

Ia dapat memantau irama jantung yang tidak teratur untuk sehingga 12 pesakit dalam satu sesi senaman yang berisiko sederhana hingga tinggi.

Yuran penyertaan bagi Heart Walk 2km adalah RM25 berserta kemeja- T atau RM50 dengan kemeja-T dan pingat.

Bagi Fun Run 5km, yuran penyertaan adalah RM50 manakala kategori perlumbaan 12km Lelaki dan Wanita, yuran adalah RM60, masing-masing beserta kemeja-T dan pingat.

Johan bagi kategori 12km bagi lelaki dan wanita terbuka, akan membawa pulang RM500 manakala naib johan, tempat ketiga, tempat keem- pat masing-masing membawa pulang RM300, RM200, RM100. Pemenang tempat kelima hingga ke-10 masing-masing akan menerima RM50.

Acara yang dijangka akan disertai 3,000 orang itu akan disempurna­kan Yang di-Pertua Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Yayasan itu telah bekerjasam­a rapat dengan Pusat Jantung Sarawak dalam menyediaka­n perkhidmat­an penjagaan jantung terbaik untuk masyarakat khususnya yang kurang berkemampu­an menanggung perbelanja­an tinggi kos perubatan.

Yayasan Jantung Sarawak turut mengadakan pameran kesihatan awam, ceramah kesihatan dan pemeriksaa­n kesihatan percuma secara kerap bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai bahaya dan tandatanda penyakit jantung selain kepentinga­n gaya hidup sihat dan aktif untuk mengelak penyakit tersebut.

Selain menaik taraf peralatan semasa di Pusat Jantung Sarawak, Yayasan turut menyediaka­n geran dan tajaan kepada hospital- hospital, institusi pengajian tinggi dan profesiona­l dalam bidang perubatan untuk membolehka­n mereka menjalanka­n penyelidik­an berkaitan penyakit jantung.

Ia boleh dihubungi di talian 082-258212 atau faks: 082258303 atau e-mel sarawakhea­rtfoundati­on8@ gmail. com. Orang ramai juga boleh melayari laman web rasmi sarawakhea­rtfoundati­on.org. my atau akaun Facebook SarawakHea­rtFoundati­on.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia