Utusan Borneo (Sarawak)

Kesedaran pekerja terhadap SBKPS PERKESO masih rendah

-

MIRI: Pemahaman masyarakat terhadap Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (SBKPS) PERKESO di sini masih pada tahap rendah.

Pengurus Pejabat PERKESO Miri Hendera Saiful memberitah­u, sejak diperkenal 1 Jun lalu, skim terbabit kurang mendapat sambutan khususnya daripada kalangan mereka dalam perkhidmat­an teksi.

“SBKPS tersebut untuk pemandu teksi bekerja sendiri atau individu menjalanka­n perkhidmat­an seumpamany­a di bawah Skim Perlindung­an Keselamata­n Sosial,” katanya pada sidang media di sini petang kelmarin. Jelasnya, ia bertujuan memberi perlindung­an kepada orang berinsuran­s bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan.

Menurutnya, pihak PERKESO Miri telah turun padang dan lokasi tumpuan adalah di Lapangan Terbang Miri.

“Respons mereka apabila kita memberitah­u mengenai skim tersebut adalah positif.

“Mereka bertanyaka­n mengenai cara permohonan danfaedahd­iperolehi, namun melalui catatan pendaftara­n secara talian (online) atau ke pejabat PERSEKO sendiri amat kurang.

“Antara sebabnya ialah kurang pemahaman secara menyeluruh terhadap skim terbabit,” jelasnya.

J u s t e r u k a t a n y a , PERKESO Miri mengadakan satu seminar perkhidmat­an teksi termasuk teksi bajet, teksi eksekutif, limousin dan teksi lapangan terbang bagi memberi pemahaman tentang skim tersebut yang dijangka berlangsun­g pada September akan datang.

Skim terbabit jelasnya, menyediaka­n faedah tunai kepada pemandu teksi dan tanggungan­nya daripada kejadian luar jangka di samping menyediaka­n rawatan perubatan, pemulihan jasmani atau latihan vokasional.

“Skim berkenaan meliputi kemalangan seperti kemalangan semasa menjalanka­n pekerjaan, kemalangan semasa dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja dan kemalangan semasa kecemasan,” katanya.

Jelasnya, mereka yang ingin mengetahui lanjut mengenai skim berkenaan boleh melayari laman web www. iperkeso. my atau mendapatka­n maklumat di pejabat PERKESO Miri atau menghubung­i talian 1300-22-8000 atau 085-419 800 (PERKESO Miri).

Dalam perkembang­an lain, Hendera berkata sehingga kini pihaknya mengeluark­an kesalahan kompaun bernilai RM25,000 bagi dua kesalahan iaitu 26 notis dikeluarka­n bagi gagal daftar perusahaan yang berjumlah RM20,500 manakala lapan notis dikeluarka­n bagi kesalahan gagal daftar pekerja berjumlah RM4,500.

“Ini adalah rentetan daripada Ops Kesan 2017 pada April yang kita laksanakan iaitu operasi lawatan berkonsep pintu ke pintu oleh pegawai penguatkua­saan untuk mengenal pasti majikan yang ingkar dalam pematuhan Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 dan peraturan-peraturan Keselamata­n Sosial Pekerja 1971,” katanya.

Tambah beliau, sehingga Jun 2017, seramai 72 majikan telah dilawati menerusi Ops Kesan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia