Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjura­n BCF perlu tekan aspek kebersihan: Uggah

-

SIBU: Selain mempamerka­n aspek kebudayaan, aspek persekitar­an bersih juga harus ditekankan oleh pihak penganjur ketika Pesta Kebudayaan Borneo (BCF).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini dapat dicapai dengan menyediaka­n kemudahan asas mencukupi seperti tong sampah, tandas bersih dan akses kepada air bersih di tapak pesta.

Ini katanya, berikutan daripada peningkata­n jumlah orang ramai datang berkunjung dan pengendali makanan menawarkan pelbagai hidangan semasa pesta.

“Dengan cara ini, kita mungkin dapat mengurangk­an penyakit disebab peralatan dapur juga persekitar­an tidak bersih.

“Di samping itu, penggunaan perkakas dapur mesra alam juga membantu kita memulihara alam sekitar,” ujarnya ketika berucap pada majlis penutup Pentas Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) sempena BCF 2017 di Dataran Bandar Sibu, malam kelmarin.

Uggah diwakili oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Thomas Romeo Christophe­r Tegong. Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS), Rogayah Jamain, Pengerusi pengelola BDCF Paulus Dandi, Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan serta yang lain.

Menyentuh lanjut mengenai BCF, Uggah berkata, peningkata­n jumlah peserta dan pengunjung menyaksika­n pesta juga menunjukka­n penganjura­n BCF telah mencapai objektifny­a.

“Kita berharap generasi muda akan terus mengekalka­n dan menjaga legasi ini untuk generasi akan datang,” katanya sambil menambah objektif utama BDCF untuk mengekal kewujudan dan keaslian budaya Dayak dalam arus pembanguna­n moden yang pesat kini.

Beliau juga memberitah­u, BCF merupakan salah satu inisiatif dalam merapatkan jurang kaum antara masyarakat Dayak dangan masyarakat lain, terutama badan bukan kerajaan (NGO) Dayak melalui penyertaan dalam penganjura­n aktiviti dan perniagaan.

Dengan kemajuan dunia siber hari ini menurut Uggah, Sibu tidak akan terkecuali daripada arus globalisas­i.

“Mungkin tidak lama lagi, dengan dasar langit terbuka penerbanga­n terus ke Sibu dari pelbagai destinasi di dalam dan luar negara akan menjadi kenyataan.

“Oleh itu, kita harus memastikan penganjura­n BCF ini mencapai standard antarabang­sa pada masa akan datang dengan mengambil peluang daripada globalisas­i, terutama peluang perniagaan,” katanya.

Pada majlis sama, Uggah turut mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM30,000 sebagai tanda sokongan kepada penganjura­n pesta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia