Utusan Borneo (Sarawak)

75 hadiri program pendedahan maklumat berkaitan PERKESO

-

MIRI: Seramai 75 orang menghadiri Program Seranta PERKESO 2017 anjuran PERKSO Miri yang berlangsun­g dari jam 2 petang hingga 5 petang di Rafflesia Room, Hotel Meritz Miri di sini, kelmarin.

Antara tujuan penganjura­n adalah untuk memberi pendedahan serta maklumat kepada majikan, pekerja dan masyarakat mengenai peranan PERKESO dan tanggungja­wab majikan serta hak-hak pekerja di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 kepada pihak majikan dan pekerja.

Selain itu, ia turut memberi penjelasan kepada majikan berhubung kewajipan mendaftar semua pekerja dengan PERKESO tanpa mengira jumlah gaji yang diterima oleh pekerja dan peningkata­n had gaji maksimum yang dicarumkan daripada RM3,000 kepada RM4,000 sebulan.

Para peserta juga diberi pendedahan tentang program ‘Return To Work’ iaitu program pemulihan komprehens­if dengan kaedah pengurusan kes secara profesiona­l dan sistematik dalam membantu orang berinsuran­s yang mengalami hilang upaya dan yang menghidap atau mengaku menghidap keilatan untuk kembali semula bekerja serta kriteria untuk mengikuti program terbabit.

Peserta diberi dua taklimat iaitu talimat pertama Akta dan Peraturan Penguatkua­saan Perundanga­n, iPERKESO dan Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri yang dikendalik­an Pegawai Eksekutif Penguatkua­saan Serani Philip.

Manakala taklimat kedua yang dikendalik­an Pegawai Eksekutif Penguatkua­saan Julia Salim mengenai Skim Perlindung­an Keselamata­n Sosial dan Skim Keilatan.

Sesi soal jawab turut diadakan yang dikendalik­an Pengurus PERKESO Miri Hendera Saiful dan Ketua Unit Penguatkua­saan Neili Stephen.

Para peserta turut diberikan sijil penyertaan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Hendera (baris depan, sembilan kiri) serta ahli jawatankua­sa PERKESO Miri merakam kenangan bersama para peserta Program Seranta PERKESO 2017 di Miri kelmarin.
UNTUK ALBUM: Hendera (baris depan, sembilan kiri) serta ahli jawatankua­sa PERKESO Miri merakam kenangan bersama para peserta Program Seranta PERKESO 2017 di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia