Utusan Borneo (Sarawak)

Empat ditahan terlibat sindiket pinjaman palsu

Sindiket aktif sejak awal tahun, libatkan kerugian RM266,650

-

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang dipercayai anggota sindiket yang aktif dalam penipuan pinjaman palsu bagi memperdaya orang ramai sehingga melibatkan kerugian RM266,650 sejak awal tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata mereka ditahan di sebuah kondominiu­m di Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil, di sini, pada jam 1.15 pagi Selasa lepas.

Dalam serbuan itu polis merampas wang tunai berjumlah RM7,655, telefon bimbit, kad ATM, buku catatan pinjaman dan sebuah kereta jenis Mercedes Benz, katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati sindiket berkenaan aktif menjalanka­n kegiatan sejak awal tahun ini, dengan 35 laporan polis dibuat melibatkan kerugian RM266,650 terhadap kumpulan itu yang menjadikan unit kondominiu­m itu sebagai pusat operasi.

“Modus operandi sindiket itu ialah mengiklank­an perkhidmat­an mereka menerusi Facebook dan mengenakan syarat mudah termasuk untuk golongan disenarai hitam oleh bank bagi membolehka­n mereka mendapat pinjaman daripada institusi kewangan,” katanya.

Mohd Luthfi Ismail berkata kesemua urusan bersama sindiket itu termasuk urusan peny-

Modus operandi sindiket itu ialah mengiklank­an perkhidmat­an mereka menerusi Facebook dan mengenakan syarat mudah termasuk untuk golongan disenarai hitam oleh bank bagi membolehka­n mereka mendapat pinjaman daripada institusi kewangan. ACP Mohd Luthfi Ismail Abdullah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur

erahan dokumen pinjaman dibuat menerusi aplikasi WhatsApp.

“Individu yang terdesak mendapatka­n pinjaman akan menelefon nombor tertera pada iklan dan mangsa akan diminta untuk membuat transaksi pembayaran kononnya bagi tujuan memproses dokumen sebelum pinjaman diluluskan.

“Mangsa yang terperdaya dengan sindiket ini hanya perlu membayar 10 peratus daripada jumlah pinjaman dan selepas bayaran pendahulua­n dibuat, suspek akan serta- merta menyekat nombor telefon mangsa,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek berusia lingkungan 20- an kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, sindiket itu didapati aktif mengiklank­an perkhidmat­an bantuan pinjaman itu menerusi Facebook, WhatsApp, Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS) dan juga akhbar.

Sementara itu, Mohd Luthfi Ismail berkata statistik kes penipuan pinjaman palsu kian meningkat apabila 137 kes dicatatkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan nilai kerugian RM1.3 juta, berbanding 31 kes dengan jumlah kerugian RM694,000 dalam tempoh sama tahun lepas.

“Saya mengingatk­an orang ramai agar tidak mudah terperdaya dan melaporkan kepada polis jika mengesyaki terdapat sebarang tawaran mencurigak­an,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAUT: Dua daripada enam yang maut dalam kemalangan di Kampung Pohon Jerai, Bachok ddekat Narathiwat, semalam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan ibadah haji.
— Gambar Bernama MAUT: Dua daripada enam yang maut dalam kemalangan di Kampung Pohon Jerai, Bachok ddekat Narathiwat, semalam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan ibadah haji.
 ?? — Gambar Bernama ?? BUKTI: Mohd Luthfi (tiga kanan) diapit beberapa anggotanya, memegang sebahagian daripada hasil rampasan JSJK di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BUKTI: Mohd Luthfi (tiga kanan) diapit beberapa anggotanya, memegang sebahagian daripada hasil rampasan JSJK di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia