Utusan Borneo (Sarawak)

‘Sangkut’ pada ketinggian 33 meter akibat tebuan

-

KLANG: Sebanyak 26 beg plastik berisi daun ketum dan 43 botol cecair dipercayai ubat batuk antara bahan larangan yang dirampas pihak polis selepas menahan seorang lelaki tempatan dalam satu sekatan jalan raya di Bandar Puteri di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Alzafny Ahmad berkata suspek berusia 30-an yang memandu kereta Nissan Sylphy ditahan kira-kira jam 2.30 pagi.

Hasil pemeriksaa­n ke atas kenderaan itu, pihaknya menjumpai 26 bungkusan beg plastik berisi daun ketum seberat kira-kira 28 kilogram di bahagian bonet kereta dan pemeriksaa­n lanjut menemui sebotol cecair disyaki air ketum serta sebuah beg galas hitam yang di dalamnya terdapat 43 botol cecair ubat batuk.

“Pemeriksaa­n badan terhadap suspek menemui sebuah beg kecil yang diselitkan di pinggangny­a mengandung­i sembilan peket plastik lutsinar berisi keseluruha­n 300 biji pil disyaki Yaba (pil kuda), 12 keping foil, yang mana setiap keping mengandung­i 10 biji pil disyaki Eramin 5, keseluruha­n berjumlah 120 biji.

“Turut ditemui pada suspek ialah satu peket plastik lutsinar mengandung­i sembilan biji pil disyaki Ecstacy dan kesemua barangan yang dirampas bernilai kira-kira RM7,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, semalam.

Alzafny berkata suspek kini direman seminggu sehingga 31 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (2), Seksyen 39A (1) serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952Â dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga seumur hidup, sebatan serta denda.

Beliau berkata polis percaya kesemua bahan larangan itu adalah untuk edaran di sekitar daerah itu dan pihaknya sedang menyiasat mengenai penglibata­n suspek dengan mana-mana sindiket dadah. — Bernama KUALA LIPIS: Seorang pekerja syarikat telekomuni­kasi ‘ tersangkut’ pada ketinggian 33 meter akibat ‘gangguan’ sekawan tebuan yang membuat sarang di tiang pencawang yang dipanjatny­a itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lipis Penolong Penguasa Bomba Haslizan Ramli berkata, kejadian berlaku semasa mangsa dan rakannya mahu melakukan kerja penyelengg­araan pencawang di Pagar Sesak di sini pada jam 2.15 petang kelmarin.

Katanya, mangsa yang berusia 23 tahun itu mula memanjat tiang pencawang itu terlebih dahulu diikuti rakannya yang berusia 22 tahun, sebelum menemui sarang tebuan itu pada ketinggian 20 meter.

“Rakan mangsa disengat oleh tebuan semasa berada berdekatan sarang serangga itu menyebabka­n beliau memilih untuk turun bagi menyelamat­kan diri.

“Bagaimanap­un, mangsa memilih untuk memanjat lebih tinggi daripada sarang tebuan itu untuk mengelak serangan serangga itu, namun akhirnya tidak dapat turun,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Haslizan menambah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang dan seorang pegawai bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian dengan membawa dua jentera bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di kawasan pencawang pada jam 3.06 petang, bomba berjaya mem- bawa turun mangsa dengan menggunaka­n peralatan baju kalis serangga, abahabah dan racun serangga,” katanya.

Haslizan menambah pihak bomba juga memusnahka­n sarang tebuan itu sebelum dapat membawa mangsa turun manakala mangsa yang disengat tebuan dibawa ke Hospital Lipis bagi mendapatka­n rawatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia