Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik bot maut selepas ditembak

-

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki warga emas maut selepas terkena dua tembakan dalam kejadian di Kampung Teluk Bayu, Besut, malam kelmarin.

Mangsa, Daud @ Wan Ahmad Bin Wan Awang, 68, yang juga pemilik bot perikanan dipercayai keluar minum bersama rakannya yang dikenali sebagai Nek Der pada jam 5.30 petang di Gerai Dataran Kuala Besut, di sini dengan menaiki kereta mangsa jenis Mercedes Benz.

Kira- kira jam 7.30 malam ketika dalam perjalanan ke rumah setelah selesai minum, kereta mangsa tiba-tiba dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC berwarna merah di Simpang Tiga, Jalan Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut.

Suspek dipercayai memakai helmet warna merah dan menutup muka dengan kain.

Dipercayai pembonceng motosikal berkenaan kemudianny­a telah mengacu- kan pistol dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa menyebabka­n rakan mangsa yang ketakutan telah terjun keluar dari kereta tersebut.

Manakala mangsa terus memandu kereta berkenaan sehingga terlanggar tiang elektrik di tempat kejadian.

Suspek melarikan diri sejurus kejadian manakala rakan mangsa menghubung­i anak lelaki mangsa dan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kuala Besut namun disahkan telah meninggal dunia.

Pemeriksaa­n awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat dua kesan luka tembakan iaitu pada bahagian dada kanan dan bahu kanan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut di Jerteh untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi Bernama mengesahka­n kejadian itu.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan polis juga sedang giat memburu suspek. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia