Utusan Borneo (Sarawak)

Kebanyakan ibu bapa tolak vaksin, berpendidi­kan tinggi

Menjadi cabaran, kebimbanga­n dalam memberi kesedaran

-

PUTRAJAYA: Kebanyakan ibu bapa yang menolak vaksin merupakan mereka yang tinggal di bandar dan berpendidi­kan tinggi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m semalam.

Beliau berkata ini merupakan cabaran dan kebimbanga­n pihaknya dalam memberi kesedaran dan pendidikan kepada kumpulan tersebut demi kesihatan masa depan kanak-kanak.

“Kementeria­n telah mengesan hampir 1,600 individu yang tidak mendapat suntikan vaksin tahun lepas dan angka ini meningkat setiap tahun. Yang menjadi kebimbanga­n kita ialah golongan ini merupakan mereka yang berpendidi­kan tinggi dan tahu mengenai kebaikan vaksin.

“Memang menjadi cabaran untuk memberikan kesedaran kepada mereka dan adakala terpaksa berhujah dengan mereka mengenai kebaikan vaksin untuk anak- anak mereka. Ada beberapa ibu bapa mengamalka­n perubatan homeopati dan berpendapa­t homeopati mampu melindungi segala jenis penyakit,” katanya dalam sidang media di kementeria­nnya di sini semalam.

Dr Subramania­m berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kerajaan sedang mengkaji untuk hanya membenarka­n kanak-kanak yang telah divaksin mendaftar di tadika.

Ditanya jika ada tadika di Malaysia sudah pun mengamalka­n amalan itu, Dr Subramania­m berkata pihaknya tidak pasti sekiranya ada tadika sudah berbuat demikian tetapi menyifatka­n kewajipan untuk berbuat demikian adalah keputusan dasar kerana ia melibatkan hak untuk mendapatka­n pendidikan dan perlindung­an bagi kanak-kanak lain.

Dalam perkembang­an lain, Dr Subramania­m berkata beliau telah mengadakan perbincang­an dengan doktor swasta dan Organisasi Pengurusan Penjagaan (MCO) dan Pentadbir Tuntutan Perubatan Pihak Ketiga (TPA) pada Isnin lalu dan telah mendapatka­n persetujua­n untuk menyelaras­kan yuran di bawah peruntukan Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Beliau berkata, ini kerana pihaknya menerima banyak aduan mengenai TPA dalam

Memang menjadi cabaran untuk memberikan kesedaran kepada mereka dan adakala terpaksa berhujah dengan mereka mengenai kebaikan vaksin untuk anak-anak mereka. Ada beberapa ibu bapa mengamalka­n perubatan homeopati dan berpendapa­t homeopati mampu melindungi segala jenis penyakit. Datuk Seri Dr S. Subramania­m Menteri Kesihatan

menguruska­n faedah kesihatan pekerja berdasarka­n yuran dan peraturan sendiri yang perlu dipatuhi doktor.

“Perkara ini dalam proses pindaan akta dan sedang menunggu persetujua­n peguam negara. Ia dijangka selesai dalam beberapa bulan akan datang. Apabila sudah selesai, bayaran yuran itu selaras dan para doktor perlu akur dengan yuran yang ditetapkan.

“Ada doktor menandatan­gani perjanjian secara individu dan mengenakan yuran serendah RM15. Kita bimbang sekiranya doktor mengenakan yuran sebegini rendah, adakah mereka akan memberikan perkhidmat­an terbaik dan mencukupi kepada rakyat,” katanya.

Dr Subramania­m berkata Kementeria­n Kesihatan juga mencadangk­an doktor dan MCO, serta MCO dan majikan mengadakan satu perjanjian kontrak dalam menguruska­n faedah kesihatan pekerja berdasarka­n yuran dan peraturan sendiri yang perlu dipatuhi doktor, yang pihaknya menjalanka­n peranan pemantau peringkat ketiga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia