Utusan Borneo (Sarawak)

‘Little Cuddles Fair’ turut tampilkan pakar pemakanan sewaktu mengandung, penjagaan bayi

-

KUCHING: Pihak Everrise di Vivacity membawa khas konsultan pakar pemakanan sewaktu mengandung dan penjagaan bayi pada ‘Little Cuddles Fair’ berakhir esok (30 Julai) untuk golongan ibu bapa yang berminat.

Selain promosi istimewa, juga disediakan beberapa barang percuma sepanjang jerayawara itu yang sebenarnya diadakan sebagai penghargaa­n kepada para pembeli.

Jenama yang turut menyertai jerayawara ialah Mead Johnson, Anmum, Abbott, Karihome, Drypers, Huggies, Genki dan Pureen.

Rakan kerjasama seperti MPH Bookstores, Sentosa Theme Park, Yogini Republic Studio, Raw Kitchen Juice dan Hilxon’s 21 turut menyertai.

Pelanggan yang berbelanja RM50 dan ke atas di dalam satu resit akan diberikan sebuah beg percuma selagi stok masih ada setiap hari sepanjang jerayawara diadakan.

Bagi kanak- kanak juga diadakan Pertanding­an Mewarna pada 30 Julai tepat jam 2 petang.

Hanya kanak-kanak berumur 7 sehingga 9 tahun seramai 20 orang sahaja yang boleh menyertai.

Peserta yang berjaya mendapat tempat perlu membawa kerusi dan meja mudah alih sendiri termasuk bahan mewarna dan alat tulis.

Untuk menyertai, pelanggan perlu berbelanja RM20 dalam satu resit dan boleh terus mendaftar di kaunter perkhidmat­an pelanggan yang disediakan di sini.

Belon percuma untuk kanak-kanak juga disediakan dengan penampilan istimewa seorang badut.

Badut tersebut akan membuat penampilan istimewa pada jam 11 pagi, 4 petang dan 7.30 malam (29 Julai), dan 11 pagi dan 7.30 malam (30 Julai).

Jerayawara yang sama akan dilangsung­kan juga di Everrise BDC dan Everrise Batu 4 pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke 082-263 885.

 ??  ?? ISTIMEWA: Penampilan istimewa badut pada hari ini dan esok turut menceriaka­n ‘Little Cuddles Fair’.
ISTIMEWA: Penampilan istimewa badut pada hari ini dan esok turut menceriaka­n ‘Little Cuddles Fair’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia