Utusan Borneo (Sarawak)

Emart adakan ‘Infants & Kids Fair’ di Batu Kawa dan Matang

-

KUCHING: Pasar raya besar Emart mengadakan ‘Infants & Kids Fair’ bermula semalam hingga 13 Ogos depan di dua cawanganny­a iaitu Batu Kawa dan Matang.

Promosi jualan ini melibatkan jenama-jenama seperti MeadJohnso­n, Wyeth, Anmun, Fernleaf, Jordan, Drypers, Nestle, Huggies, Genki, MamyPoko, Diapex, Petpet, Johnson & Johnson, Carrie Junior dan Snow Brand.

Sepanjang pameran ini, dengan setiap pembelian RM250 dan ke atas dalam satu resit ke atas barangan runcit, kelengkapa­n peribadi, lampin dan mainan, pelanggan akan layak untuk mendapatka­n baucar percuma Emart bernilai RM5.

Pada Ahad ini, Emart akan mengadakan jualan sehari di kedua-dua cawanganny­a dengan menawarkan harga istimewa bagi barangan terpilih dari jam 3 petang hingga 6 petang, 6 petang hingga 9 malam dan 9 malam hingga 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Sampel percuma biskut multigrain Snek Ku Grain5 dan susu Fernleaf juga akan disediakan di Emart Batu Kawa.

Dengan mana-mana pembelian produk Fernleaf RM30 dan ke atas, pelanggan akan layak menyertai peraduan Putar dan Menang.

Hadiah termasuk balang kaca, beg sejuk dan peket sampel 175g manakala pem- belian RM50 dan ke atas akan layak mendapatka­n satu beg beli-belah percuma.

Untuk Grain5, pembelian ke atas mana-mana tiga beg akan layak untuk mendapatka­n set alat makan dalam kantung yang mengandung­i sudu logam, garfu dan kayu penyepit.

Di bahagian luar pasar raya pula diadakan pameran bergerak Maggi bermula semalam hingga Ahad ini di Emart Batu Kawa.

Lokasi ini akan digunakan hari ini bagi final Peraduan Maggi Jom Masak dan Menang yang diadakan bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun lepas sempena pesta menuai.

Tiga pemenang teratas akan membawa pulang hadiah hebat termasukla­h hadiah utama berupa sebuah kenderaan pacuan empat roda, Isuzu D-Max 3.0V Cross AT.

Orang ramai dalam pada itu dipelawa untuk berkunjung ke Emart Batu Kawa dan Matang pada hari dan masa yang dinyatakan untuk mendapatka­n hadiah hebat daripada Emart.

 ??  ?? MENANTI PEMENANG: Siapa yang akan memandu pulang hadiah utama Peraduan Maggi Jom Masak dan Menang hari ini?
MENANTI PEMENANG: Siapa yang akan memandu pulang hadiah utama Peraduan Maggi Jom Masak dan Menang hari ini?
 ??  ?? PROMOSI HEBAT: Pelbagai produk bayi dan kanak-kanak pada promosi istimewa di Emart Batu Kawa dan Matang.
PROMOSI HEBAT: Pelbagai produk bayi dan kanak-kanak pada promosi istimewa di Emart Batu Kawa dan Matang.
 ??  ?? JANGAN KETINGGALA­N: Pameran Maggi di pekarangan luar Emart Batu Kawa bermula semalam hingga Ahad ini.
JANGAN KETINGGALA­N: Pameran Maggi di pekarangan luar Emart Batu Kawa bermula semalam hingga Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia