Utusan Borneo (Sarawak)

Pemaju perlu mohon kerajaan negeri sebelum jual rumah kuota Bumiputera

-

IPOH: Pemaju perumahan perlu melakukan permohonan kepada kerajaan negeri sebelum menjual unit rumah kuota Bumiputera yang tidak terjual kepada bukan Bumiputera, kata Exco Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Datuk Rusnah Kassim.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan berkomprom­i dan tidak teragak- agak mengenakan tindakan penalti sebanyak tujuh peratus ter- hadap pemaju perumahan dalam hal tersebut kerana mereka perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

“Antara syarat pelepasan kuota Bumiputera ialah pembinaan rumah perlu 70 peratus siap termasuk mengiklank­an dalam akhbar dan radio sebanyak empat kali sebelum dirujuk kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan kerajaan negeri.

“Jika pemaju perumahan terbabit mematuhi syarat yang ditetapkan untuk tujuan pelepasan kuoto Bumiputera, baru kerajaan negeri akan benarkan permohonan tersebut kerana terdapat sesetengah pemaju yang jual dahulu baru minta pelepasan (kuota), itu kita tidak akan benarkan sama sekali,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia 2017 (MAPEX 2017) anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini semalam.

Rusnah berkata, kerajaan negeri memahami situasi pemaju perumahan yang memohon pelepasan rumah kuota Bumiputera kepada bukan Bumiputera bagi mengelakka­n mereka berdepan kerugian apabila projek perumahan yang dilaksanak­an tidak terjual sepenuhnya.

“Kita memahami dan perlu memberi pelepasan tersebut untuk membantu pemaju dari segi kedudukan kewangan dan aliran tunai syarikat tetapi pada masa yang sama kita perlu mengawal dan mengimbang­i kuota Bumiputera dengan bukan Bumiputera,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sedang mengkaji untuk meningkatk­an kadar penalti terhadap kesalahan melepaskan kuota Bumiputera sebelum melakukan permohonan berbanding ketika ini penalti yang dikenakan hanya tujuh peratus terhadap pemaju perumahan.

“Sekarang ini terdapat desakan beberapa pihak mengatakan penalti tujuh peratus itu perlu dipertingk­atkan kepada pemaju yang degil kerana kadar itu terlalu rendah dan kita akan mengkaji dalam pelbagai aspek sebelum menetapkan kadar penalti tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi REHDA Perak Tony Khoo Boon Chuan berkata ekspo hartanah pada tahun ini mempamerka­n kira-kira 20,000 unit kediaman dan komersial bernilai RM5 bilion.

Khoo berkata daripada jumlah itu kira-kira 3,000 unit kediaman ditawarkan khusus untuk golongan Bumiputera dalam ekspo yang berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia