Utusan Borneo (Sarawak)

Rooney diturunkan untuk aksi ‘sulung’ kedua Everton mencatatka­n kemenangan tipis 1-0 ke atas MFK Ruzomberok untuk kelayakan Liga Europa

-

LIVERPOOL: Wayne Rooney membuat penampilan kompetitif ‘sulung’ keduanya untuk kelab zaman kanak-kanaknya Everton kelmarin, di mana Everton mencatatka­n kemenangan 1-0 pada pusingan ketiga kelayakan Liga Europa ke atas kelab dari Slovakia, MFK Ruzomberok.

Bekas kapten Manchester United (MU) dan England itu mendedahka­n sebelum perlawanan di Goodison Park bahawa ia adalah cita-cita sepanjang hayatnya untuk bermain bagi Everton di Eropah.

Tiga belas tahun selepas dia meninggalk­an Merseyside dan pergi ke Old Trafford, Rooney akhirnya menunaikan cita- cita itu tetapi ia ternyata malam yang mengecewak­an bagi pengurus Ronald Koeman dan pasukannya yang berwajah baharu Everton.

“Ia adalah sesuatu yang saya nanti- nantikan sejak beberapa minggu lepas,” kata Rooney, 31 tahun.

“Ia sudah tentulah hebat berada di Goodison dan memakai jersi biru, ia adalah perasaan yang hebat.

“Namun ia adalah perlawanan yang penting bagi kami, jadi saya perlu mengetepik­an emosi saya. Saya sudah melakukann­ya sekarang dan dapat memberi MASIH KENTAL: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Liga Europa di antara Everton dan MFK Ruzomberok di Goodison Park, Everton. tumpuan yang lebih kepada bola sepak.” Penjualan Romelu Lukaku sebanyak 75 juta pound (RM412.5 juta) kepada MU telah membiayai perbelanja­an besar pada musim percutian oleh kelab tersebut dan Rooney menyertai pemain pertahanan England, Michael Keane, bekas kapten Ajax, Davy Klaassen, dan bekas pemain pertahanan Southampto­n, Cuco Martina, untuk membuat penampilan sulung. Sementara kepu- langan Rooney disambut dengan bersemanga­t seperti yang dijangkaka­n oleh penonton yang memenuhi Goodison Park, walaupun kapasitiny­a sudah dikurangka­n, kelab Slovakia yang menduduki tempat ketiga pada musim lepas memberi tentangan yang gigih.

Ia tidak sehingga minit ke65, apabila tendangan sudut Kevin Mirallas ditanduk keluar kepada Baines 25 ela dari gawang, baharulah pasukan Everton dapat akhirnya tenang dalam perlawanan rangka pertama ini.

Baines meledakkan rembatan yang cantik tetapi bola terkena Erik Daniel untuk mengeliruk­an penjaga gol Matus Macik dan terbang ke dalam gol pasukan pelawat.

Tanda awal memberangs­angkan bagi Everton apabila kapten Ruzomberok, Dominik Kruzliak, gagal menampan bola dengan kemas dan Klaassen meluru ke dalam kawasan penalti dan hampir meletakkan bola ke dalam gawang sendiri sebelum penjaga gol mengeluark­an bola.

Kemudian, pada minit ke19, Rooney mengintai gawang buat kali pertamanya dalam jersi Everton selepas satu lagi serangan yang lancar, tetapi berakhir dengan Klaassen yang menolak bola kepada Baines yang berpusing dan melakukan rembatan yang tersasar.

Sejurus sebelum setengah jam, Dominic Calvert-Lewin, wira dalam kejayaan England memenangi Piala Dunia Bawah 20 pada musim panas ini, menunjukka­n kemahiran yang hebat untuk memenangi bentesan ketika memasuki kotak penalti dan hantaran lintangnya yang pendek menjumpai Rooney yang tergelinci­r ketika dia membuat tendangan ke arah gol.

Calvert- Lewin terlibat sekali lagi seminit kemudian, kali ini memberi hantaran pintar kepada Klaassen, tetapi pemain Belanda itu merembat bola ke tepi jaring walaupun gawang ternganga luas.

Ia kelihatan semakin bahaya bahawa kegagalan menjaringk­an gol itu mungkin ternyata merugikan dan sebelum waktu rehat Daniel diberi ruang yang luas untuk melakukan rembatan dari jarak 22 tahun yang dikeluarka­n oleh Maarten Stekelenbu­rg apabila dia merebahkan badan ke sebelah kanannya.

Kebimbanga­n Everton berterusan selepas babak kedua bersambung apabila pertahanan yang tidak menentu membolehka­n Daniel untuk membuat rembatan, tetapi nasib baik bagi pasukan tuan rumah, ia tersasar jauh.

Namun penampilan penting Rooney, dan Everton, nyaris dirosakkan sejurus sebelum masa ke-60 apabila tendangan percuma Dalibor Takac menjumpai Jan Maslo, yang melakukan tandukan kencang yang ditolak ke atas palang oleh Stekelenbu­rg tetapi ulang tayang menunjukka­n pemain pertahanan itu jelas ofsaid.

Kekejutan itu mendorong Koeman untuk menurunkan seorang lagi pemain yang baharu ditandatan­gani, penyerang Sepanyol Sandro Ramirez, dan tenaga serta kepantasan­nya menghidupk­an pasukannya dan jaringan tiba tidak lama kemudian.

Mirallas nyaris menjaringk­an gol kedua yang pasti diharapkan oleh Koeman, sebelum perlawanan timbal balik pada minggu depan, tetapi Macik menyelamat­kan bola dengan aksi refleks yang hebat sebelum pemain gantian Ruzomberok, Milos Lacny, mensia-siakan peluang lewat yang amat baik untuk menyamakan kedudukan.

Dalam perlawanan kelayakan lain kelmarin, AC Milan memulakan era baharu mereka di bawah pemilikan orang China dengan kemenangan 1- 0 ke atas Universita­tea Craiova di Romania, di mana pemain pertahanan Swiss Ricardo Rodriguez menjaringk­an gol kemenangan.

Penyerang Marseille, Valere Germain, menjaringk­an hatrik sulungnya selepas dia tiba dari kelab juara Perancis, Monaco, apabila pasukan baharunya menewaskan Ostend 4-2, manakala PSV Eindhoven mengalami kekalahan 1-0 yang mengejutka­n kepada Osijek. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia