Utusan Borneo (Sarawak)

Kedatangan Lacazette diharap bawa sinar baharu buat Arsenal

-

LONDON: Alexandre Lacazette akan membuat kemunculan pertamanya di hadapan penyokong Arsenal pada hujung minggu ini apabila pasukan ‘The Gunners’ itu memperting­katkan persiapan pramusim mereka dalam Piala Emirates.

Arsene Wenger membelanja­kan 52 juta pound ( RM286 juta), satu rekod kelab, untuk menandatan­gani Lacazette dari Lyon pada bulan ini dan penyerang Perancis itu dijangka merasai buat pertama kalinya situasi di Stadium Emirates apabila Arsenal menentang Benfica pada hari ini (Sabtu).

Kempen Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) akan bermula dengan perlawanan menentang Leicester pada 11 Ogos setelah perlawanan Community Shield menentang Chelsea pada minggu depan, dan Lacazette berpeluang untuk memberi gambaran awal yang baik kepada penyokong ‘ The Gunners’ dalam kejohanan persahabat­an empat pasukan itu.

Selain keinginan untuk mewajarkan pelaburan Wenger yang tinggi, penampilan sulung Lacazette di Emirates akan membawa makna tam- bahan bagi pemain berusia 26 tahun itu, yang membesar dengan mengagumi pasukan ‘ Invincible­s’ Arsenal yang legenda.

Mengulangi kehebatan pasukan Arsenal pada musim 2003-04 itu, yang memenangi kejuaraan tanpa sebarang kekalahan hasil sumbangan yang memberi inspirasi dari tiga bintang Perancis, Thierry Henry, Patrick Vieira dan Robert Pires, mungkin sasaran yang terlalu tinggi sedikit, tetapi Lacazette yakin dia dapat memberi impak besar pada musim sulungnya.

“Arsenal adalah sebuah kelab yang legenda. Sepanjang zaman kanak- kanak saya, kerana Thierry Henry dan pemain Perancis lain, saya sentiasa menaruh impian untuk bermain bagi kelab ini,” kata Lacazette.

“Masa lalu Arsenal menarik bagi saya. Saya suka kelab dengan sejarah. Selain itu, hakikat bahawa pengurus ini sudah berada di sini sekian lama menunjukka­n ia adalah sebuah kelab stabil yang saya suka.

“Pada pendapat saya, Arsenal juga adalah kelab yang mempamerka­n permainan bola sepak terbaik di Eng- land, jadi saya benar-benar mahu datang ke sini.”

Ketibaan Lacazette memberi harapan baharu kepada penyokong Arsenal yang berharap pasukan mereka dapat meneruskan penamat yang begitu positif kepada musim lepas yang traumatik.

Selama berbulan- bulan Wenger seakan-akan bakal menamatkan pembabitan­nya selama 21 tahun selepas Arsenal mengalami satu demi satu keaiban.

Namun, walaupun Arsenal gagal untuk layak ke Liga Juara-Juara dan penyokong beberapa kali menunjuk perasaan terhadap Wenger, pengurus berusia 67 tahun itu kali terakhir kelihatan meloncat-loncat kegirangan di Wembley setelah kemenangan mengejut pasukannya ke atas juara EPL dalam perlawanan akhir Piala FA.

Beberapa hari kemudian, Wenger menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dengan menandatan­gani kontrak baharu, tetapi lelaki Perancis itu tahu kesabaran masih kurang di kalangan penyokong yang belum lagi melihat kelab mereka memenangi kejuaraan EPL selama 13 tahun. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GIGIH: Neymar menjalani latihan bersama rakan sepasukan di pusat latihan Barry University di Miami, Florida.
— Gambar AFP GIGIH: Neymar menjalani latihan bersama rakan sepasukan di pusat latihan Barry University di Miami, Florida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia