Utusan Borneo (Sarawak)

Berita perpindaha­n Neymar jadi isu

-

RIO DE JANEIRO: Budak emas Brazil, Neymar, sedang menikmati populariti yang luar biasa di negaranya di mana setahun sebelum Piala Dunia, berita mengenai kemungkina­n dia akan bertukar kelab telah menjadi satu isu perdebatan kebangsaan.

Dilaporkan sedang menimbang perpindaha­n bernilai 222 juta euro (RM1.07 bilion) ke Paris Saint-Germain (PSG) dari Barcelona, kapten Brazil itu menunjukka­n pada minggu ini kenapa kelab Perancis itu sanggup membayar harga rekod dunia untuk mendapatka­nnya.

Neymar tetap tenang di tengah-tengah spekulasi yang begitu hangat, dan menjaringk­an gol untuk Barcelona dalam kemenangan 1-0 ke atas Manchester United dalam perlawanan persahabat­an Piala Juara- Juara Antarabang­sa pada pertengaha­n minggu ini.

Namun pandangan umum di kalangan pakar bola sepak di tanah air ialah dia mesti meninggalk­an Barcelona untuk muncul dari bayang-bayang rakan sepasukan dari Argentina, Lionel Messi, dan menyasari keagungan individu.

Penyokong Brazil melihat Neymar sebagai kunci kepada kejuaraan Piala Dunia keenam di Russia pada tahun depan dan pemain Brazil pertama untuk memenangi Ballon d’Or sejak Kaka pada 2007.

Dalam satu tinjauan barubaru ini yang dijalankan oleh Globoespor­te.com, 75 peratus penyokong menyokong penghijrah­annya dari Barcelona.

Semua khabar angin diteliti dengan terperinci dalam media Brazil, dan stesen televisyen Esporte Interativo mencetuska­n keributan global pada pertengaha­n Julai apabila ia mengumumka­n Neymar sudah ‘ menerima tawaran PSG’.

Di Brazil, Neymar adalah ikon, dan perpindaha­n itu telah menjadi satu isu kebangsaan.

Jika Messi sudah lama dikritik di Argentina kerana kurang komited kepada pasukan kebangsaan, Neymar pula sentiasa menepati jangkaan.

Pada usia 25 tahun, dia sudah menjadi penjaring keempat terbanyak dalam sejarah Brazil dengan 52 gol dari 77 perlawanan – tiga gol kurang berbanding Romario dan sudah mengatasi legenda seperti Bebeto atau Jairzinho.

Pemain dari Sao Paulo itu sudah lama memikul tekanan yang begitu tinggi sebagai bintang Brazil yang unik dari generasiny­a.

Sejak zaman awalnya di Santos – juga pasukan pemain legenda Pele – Neymar sudah disebut-sebut sebagai superstar seterusnya.

Pada 2013 dia malah mewarisi jersi nombor 10 yang diabadikan oleh pemenang dunia tiga kali, Pele, walaupun sentiasa bermain dengan jersi nombor 11 untuk pasukan kelabnya.

Di bawah bimbingan Tite, Brazil merupakan negara pertama untuk menempah tiket ke Piala Dunia 2018, dengan Neymar yang menjaringk­an lima gol dan menyumbang enam hantaran penentuan dalam enam perlawanan.

Namun fenomena Neymar melangkaui padang bola sepak.

Setiap penampilan di Brazil diiringi kegilaan di kalangan pengikut yang memujanya – golongan yang dipanggil ‘Neymarzete­s’ – iaitu peminat yang memujanya, kebanyakan­nya remaja.

Seorang juara dalam rangkaian sosial, dia mempunyai 78.3 juta pengikut dalam Instagram dan lebih 30 juta dalam Twitter.

Anehnya, satu-satunya tempat di Brazil di mana Neymar tidak disanjung tinggi adalah di kelab lamanya Santos, yang percaya mereka ditipu sewaktu perpindaha­nnya yang bernilai jutaan dolar dan menimbulka­n kontrovers­i ke Barcelona pada 2013. — AFP

 ??  ?? LACAZETTE
LACAZETTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia