Utusan Borneo (Sarawak)

Euro Wanita: England mara ke saingan suku akhir

-

DEVENTER: Toni Duggan dan Nikita Parris memberikan England kemenangan 2-1 ke atas Portugal untuk membolehka­n pasukan ‘The Lionesses’ itu mara ke peringkat suku akhir Euro wanita bersama Sepanyol yang menang 1-0 kepada Scotland kelmarin.

Duggan membuka jaringan di Tilburg pada minit ketujuh ekoran satu kesilapan besar oleh penjaga gol Portugal, Patricia Morais, yang mengeluark­an bola kepada penyerang England itu dan kemudian melihat Duggan mengangkat bola ke atasnya yang memasuki jaring.

Carolina Mendes menyamakan kedudukan bagi Portugal 10 minit kemudian setelah menerima hantaran ke belakang dari Diana Silva, tetapi Paris kemudian menjaringk­an gol penentuan sejurus sebelum waktu rehat setelah larian yang cantik menerusi pertahanan Portugal dan rembatan di bawah Morais.

Di Deventer, Caroline Weir memberikan kemenangan sulung kepada Scotland dalam kejohanan itu dengan gol tunggal pada minit ke-41.

Bagaimanap­un kemenangan itu tidak memadai untuk membawa Scotland ke peringkat suku akhir.

England, yang memulakan perlawanan pada Rabu lepas dengan pasukan simpanan, menduduki tempat teratas dalam Kumpulan D dengan tiga kemenangan dari tiga perlawanan manakala Sepanyol mara ke peringkat suku akhir berdasarka­n kelebihan gol dari perlawanan mereka menentang Portugal dan Scotland dengan ketigatiga pasukan menamatkan cabaran dengan tiga mata.

England akan berentap dengan Perancis dan Sepanyol menentang Austria esok (Ahad), manakala pasukan tuan rumah Belanda akan menentang Sweden dan juara bertahan Jerman bertarung dengan Denmark pada hari ini (Sabtu).

Portugal mencari gol yang akan membawa mereka ke peringkat seterusnya, tetapi Mendes gagal mencapai bola hantaran lintang Silva di hadapan gol pada separuh masa pertama, dan England kemudian berpaut pada kelebihan mereka dengan selesa.

Jurulatih Portugal, Francisco Neto, berkata pemain- nya meninggalk­an segalanya di atas padang dalam perlawanan terakhir di kejohanan Euro pertama mereka.

“Saya tidak gembira dengan hasilnya, tetapi saya sangat gembira dengan gadis-gadis saya. England merupakan salah sebuah pasukan terbaik di dunia, tetapi Portugal pada malam ini, saya rasa sewajarnya memperoleh­i sekurangku­rangnya keputusan seri.”

Sepanyol mendominas­i permainan dalam perlawanan menentang Scotland, dan mereka nyaris mendahului, tetapi penjaga gol Scotland Gemma Fay menampan keluar tendangan percuma Marta Torrejon pada minit kelima.

Sebelum waktu rehat, Fay lari keluar dan memegang bola di luar kotak penalti, tetapi Torrejon gagal menemui sasaran dari tendangan percuma yang diberikan.

Gol kedua pasti mencukupi bagi Scotland, tetapi Leanne Crichton melakukan rembatan dari jarak tujuh meter yang melepasi palang dan pemain gantian Lana Clelland turut melakukan tendangan kaki kiri yang tinggi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEMAS: Gambar fail menunjukka­n aksi MLS di antara pasukan LA Galaxy menentang New England Revolution di Stadium Gilette, 22 Julai lalu.
— Gambar AFP CEMAS: Gambar fail menunjukka­n aksi MLS di antara pasukan LA Galaxy menentang New England Revolution di Stadium Gilette, 22 Julai lalu.
 ?? — Gambar AFP ?? LINCAH: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Euro Wanita di antara pasukan Portugal dan England yang berlangsun­g di Stadium Koning Willem ll di Tilburg.
— Gambar AFP LINCAH: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Euro Wanita di antara pasukan Portugal dan England yang berlangsun­g di Stadium Koning Willem ll di Tilburg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia