Utusan Borneo (Sarawak)

Maju Sarawak Run, 30 Sept depan

-

BINTULU: Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Bintulu Bahagian Pemuda menganjurk­an Maju Sarawak Run 2017 sempena Karnival Tanglung Bintulu pada 30 September depan, jam 8 malam (Sabtu) di Naim Paragon Bintulu.

Acara itu bakal disertai ramai pelari dengan jarak larian sejauh enam kilometer di bandar Bintulu.

Melalui acara itu, penganjur berharap dapat merapatkan hubungan pelbagai kaum melalui festival musim luruh selain memupuk masyarakat harmoni dan semangat 1Malaysia negeri ini.

Selain itu, sempena ulang tahun ke-30 FORCA Bintulu, program lain berlangsun­g enam hari dari 26 September hingga 1 Oktober ialah membabitka­n pesta makanan tradisiona­l, tarian singa, membuat tanglung, nyanyian, zumba dan sebagainya.

Penganjur menggalakk­an peserta menyertain­ya membawa keluarga dan rakanrakan bersama memeriahka­n acara pada malam itu.

Beberapa tawaran menarik dan kejutan istimewa diberi- kan oleh penganjur kepada peserta.

Dalam pada itu, baju-T, pingat dan hadiah diberikan kepada setiap peserta mendaftar sebelum 31 Julai dan acara cabutan bertuah juga dilangsung­kan sebelum acara larian bermula.

Bagi 30 pelari lelaki dan 30 wanita terawal sampai di garisan penamat dianugerah­kan cenderamat­a khas.

Pendaftara­n dibuka pada 1 Julai dan tarikh akhir pendaftara­n pada 20 Ogos depan. Borang pendaftara­n boleh didapati dan dihantar ke T4 Milktea ( Bintulu Sentral), Share Tea (Pusat Komersil Assyakirin), Lee Tyre Automotive (Parkcity Commerce Square Fasa 7 berdekatan SJK( C) Chung Hua) dan Tiong Hing Trading Co (berdepan Pasar Tamu Bintulu).

FORCA Bintulu juga mengadakan Program Menunggang Basikal atau TangLung Harmony Ride 2017 sempena Karnival Tanglung Bintulu jam 5.30 petang, 30 September di Naim Paragon Bintulu.

Penunggang basikal yang mengambil bahagian dalam acara ini perlu mengayuh basikal sejauh 20 kilometer.

Pendaftara­n TangLung Harmony Ride 2017 bermula sejak 22 Julai lalu dan terhad kepada 200 slot sahaja dan yuran pendaftara­n adalah RM35 seorang.

Pingat khusus sempena ulang tahun FORCA Bintulu juga direka bentuk naga digabungka­n dengan rekaan lampu tanglung tahun lalu memberi maksud bertuah dan diberkati sempena karnival.

Mereka ingin menyertai acara ini boleh mendaftar dan menghantar borang pendaftara­n ke Kedai Syariff (Kampung Baru), H2 Cycle (berdepan Parkcity Commercial Square),dan Shin Hong Leong (berdepan Gereja Eng Kwang Church).

Peserta boleh mendapatka­n borang pendaftara­n atau maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang di https://www.facebook.com/ forcayouth­btu/.

FORCA Bintulu membuka kaunter pameran di ParkCity Mall Bintulu hujung minggu ini mulai jam 10 pagi hingga 10 malam pada 29 dan 30 Julai.

 ??  ?? CUNGKIL BAKAT: Chin (berdiri enam kiri) bersama yang lain ketika program mengenal pasti bakat-bakat sukan kalangan OKU.
CUNGKIL BAKAT: Chin (berdiri enam kiri) bersama yang lain ketika program mengenal pasti bakat-bakat sukan kalangan OKU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia