Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet OKU diketengah­kan

Program Mengenal Pasti Bakat menjadi landasan untuk pemilihan mewakili zon tengah bagi SukSar Disember ini

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Seramai 63 orang atlet telah mengikuti Program Mengenal Pasti Bakat yang menfokuska­nkepadagol­ongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Sarawak Maritime Academy, di sini kelmarin.

Program tersebut bertujuan untuk memilih wakil zon tengah iaitu Sibu, Kapit dan Mukah untuk Sukan Sarawak (SukSar) di Kuching dari 14 hingga 17 Disember ini.

Atlet yang berjaya akan bertanding dalam empat jenis sukan iaitu renang, olahraga, angkat berat dan memanah pada kejohanan peringkat negeri nanti.

Program mengenal pasti bakat itu telah dijalankan oleh Associatio­n for Disabled Sports and Recreation (Pesron) Sarawak.

Presiden Pesron, Matthew Chin memberitah­u program tersebut julung kali dianjurkan di seluruh negeri ini bagi mencari bakat-bakat baharu dalam bidang sukan kalangan OKU.

“Di bawah Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanakkanak terdapat tiga kumpulan sukan untuk OKU iaitu Paralimpik, Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) dan Olimpik Khas.

“Dengan program mengenal pasti bakat-bakat ini akan memberi peluang kepada mereka yang lebih muda untuk menunjukka­n bakat masing- masing,” jelasnya.

Matthew menambah, atlet lama akan memberi bimbingan atau menjadi jurulatih kepada atlet-atlet baharu itu.

Beliau berkata, program tersebut bermula di Kuching sebelum diadakan di Mukah dan Sibu seterusnya ke Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman dan kembali semula ke Kuching.

Selepas itu katanya, mereka akan bertemu dengan atlet-atlet OKU dari Miri dan Bintulu sebelum mengakhiri program di Limbang.

Hadir sama ialah Pegawai Pengiring Olimpik Khas Sarawak Cawangan Sibu, Mohamad Safree Mohamad Kassim serta pakar perubatan dari Hospital Umum Sarawak, Dr Rajesh Asnani.

Dengan program mengenal pasti bakat-bakat ini akan memberi peluang kepada mereka yang lebih muda untuk menunjukka­n bakat masing-masing. Matthew Chin Presiden Pesron

 ??  ?? CONTE
CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia