Utusan Borneo (Sarawak)

Conte berhasrat untuk tambat pemain baharu

-

SINGAPURA: Jurulatih Chelsea Antonio Conte semalam berkata dia mengadakan rundingan ‘setiap hari’ dengan ketua-ketua kelab tentang sasaran perpindaha­n dalam usaha juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk menguatkan lagi skuad mereka.

Pengurus dari Itali itu dijangka menurunkan pemain mahal Alvaro Morata buat pertama kali untuk Chelsea menentang Inter Milan dalam satu perlawanan persahabat­an pramusim di Singapura pada hari ini (Sabtu) dan turut berbelanja besar pada musim panas untuk mendapatka­n pemain pertahanan Antonio Rudiger dari Roma dan pemain tengah Tiemoue Bakayoko dari Monaco.

Namun dengan kebanyakan pencabar Chelsea dalam EPL yang berbelanja besar pada musim percutian, Conte berhasrat untuk menambah kepada skuad yang pada musim ini juga perlu menangani bola sepak dalam Liga Juara-Juara.

Kelab London itu telah dikaitkan dalam media British dengan dua pemain tengah antarabang­sa England, Alex Oxlade-Chamberlai­n dari Arsenal dan pemain Everton yang mahu meninggalk­an kelab itu, Ross Barkley.

“Dengan kelab, kami berbin- cang setiap hari tentang cara untuk menguatkan pasukan ini dan skuad,” kata Conte yang bercakap di Singapura.

“Kelab sangat tahu apa idea saya dan di mana posisi untuk diperkuatk­an dan jika ini boleh dilakukan, ia adalah ok. Jika tidak, kita terus dengan cara ini.”

Conte berkata dia merancang untuk menurunkan pasukan terbaiknya dalam perlawanan menentang Inter, dan Morata – yang ditandatan­gani pada minggu lepas dari Real Madrid dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai setinggi 80 juta euro (RM384 juta) – kemungkina­n akan menerajui serangan dari mula lagi.

Morata dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua dalam perlawanan persahabat­an menentang juara Jerman, Bayern Munich, pada Selasa lepas di Singapura dan membekalka­n bantuan dalam kekalahan 3-2.

Dengan Arsenal yang menunggu mereka dalam perlawanan Community Shield pada 6 Ogos di Wembley, Conte berkata: “Ia sangat penting untuk membawa pemain saya dalam kecergasan yang baik secepat mungkin. Atas sebab ini, kami bermain dengan barisan kesebelasa­n utama terbaik (untuk menentang Inter).” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia