Utusan Borneo (Sarawak)

Pengiran gilirkan pemain

-

KUCHING: Ketua Jurulatih sementara Sarawak, Pengiran Bala akan membuat perubahan terhadap barisan skuadnya untuk berdepan Johor Darul Taazim (JDT) dalam saingan Piala Malaysia 2017 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam ini.

Menurutnya, beberapa pemain utama akan direhatkan bagi memberi peluang kepada mereka mendapatka­n semula kecergasan selepas mengharung­i jadual perlawanan yang amat ketat.

Selain itu, ia bagi memastikan pemain-pemain tonggak dapat beraksi pada perlawanan Liga Super 2017 menentang Pulau Pinang pada 5 Ogos nanti yang perlu dimenangi Sarawak untuk mengeluark­an mereka daripada zon penyingkir­an.

“Kita akan membuat sedikit perubahan terhadap barisan pemain menghadapi JDT (malam ini) dan kita mempertaru­h pemain-pemain yang cergas sepenuhnya untuk memberi tentangan lawan,” katanya di sini semalam.

Pengiran Bala berkata, apa yang pasti tonggak pertahanan, Demerson Bruno Costa dan Ronny Harun masih direhatkan akibat kecederaan.

Katanya, Sarawak tetap akan turun dengan misi untuk mengejutka­n JDT meskipun dalam keadaan skuad yang pincang.

Untuk itu, beliau telah memikirkan pelan tersendiri untuk memastikan JDT pulang hampa.

“Perlawanan ini tetap penting bagi Sarawak dan kita berikrar tidak akan memberi laluan mudah kepada lawan menang mudah.

“Semua tahu kelebihan memihak kepada JDT namun ia tidak bermakna kita tidak mempunyai peluang untuk melakarkan kejutan,” katanya.

Sarawak hanya mengumpul satu mata dalam kempen Piala Malaysia 2017 setakat ini dan menduduki tempat keempat dalam saingan Kumpulan D.

 ??  ?? KURSUS PENGADIL: (Barisan ketiga, dari enam kanan) Zaini, Snowdan dan Ahmad bersama peserta dan tetamu pada penutupan Kursus 1Belia 1Pengadil di Kuching semalam.
KURSUS PENGADIL: (Barisan ketiga, dari enam kanan) Zaini, Snowdan dan Ahmad bersama peserta dan tetamu pada penutupan Kursus 1Belia 1Pengadil di Kuching semalam.
 ??  ?? BERSEDIA: Pemain-pemain Sarawak memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Negeri Kuching semalam.
BERSEDIA: Pemain-pemain Sarawak memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Negeri Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia