Utusan Borneo (Sarawak)

Perluaskan pengetahua­n dan kemahiran dalam bidang pengadilan, kata Snowdan

-

KUCHING: Pengadil-pengadil tempatan perlu meluaskan pengetahua­n dan kemahiran dalam bidang pengadilan untuk memastikan mereka melaksanak­an tanggungja­wab dengan telus dan berkualiti.

Sehubungan itu, Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan menyaranka­n pengadil- pengadil baharu mendalami ilmu dengan pengadil lebih berpengala­man selain sentiasa meningatka­n disiplin.

“Untuk menjadi yang terbaik, kita perlu belajar dan bergaul dengan yang terbaik,” katanya pada majlis penutupan Kursus 1Belia 1Pengadil di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBNS) di sini semalam.

Katanya, pengadil- pengadil memainkan peranan sangat penting kerana mereka merupakan ‘bos’ dalam setiap perlawanan sukan.

“Kamu yang menentukan hala tuju sesuatu perlawanan, justeru kamu perlu melaksanak­an tugas dengan telus dan bermutu tinggi,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparuddin Yusup dan Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Zaini Abdul Aziz.

Snowdan turut merakamkan penghargaa­n terhadap MBM dan SABERKAS Negeri Sarawak kerana menganjurk­an kursus tersebut.

Menurutnya, kursus tersebut sangat penting sebagai landasan melahirkan lebih ramai pengadil tempatan yang bermutu.

Tambahnya, keputusan peserta menyertai kursus tersebut sangat tepat memandangk­an Sarawak amat memerlukan banyak tenaga pengadil pada masa akan datang.

“Profesion pengadil amat diperlukan di negeri ini memandangk­an Sarawak kerap menganjurk­an kejohanan peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa,” katanya.

Untuk itu, beliau berharap pengadil akan terus berusaha mendapatka­n lesen lebih tinggi agar dapat mengadili kejohanan peringkat dunia.

Seramai 60 peserta menyertai kursus pengadil bola sepak, sepak takraw dan bola jaring yang diadakan dari 26 hingga 28 Julai ini.

 ??  ?? KIBAR CABARAN: Tiong (tengah) menyampaik­an bendera kepada jurulatih Ing Sing (dua kiri).
KIBAR CABARAN: Tiong (tengah) menyampaik­an bendera kepada jurulatih Ing Sing (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia