Utusan Borneo (Sarawak)

49 peserta bersaing kejohanan terbuka BIYC

-

MIRI: Cabaran Kapal Layar Antarabang­sa Borneo (BIYC) 2017 membuka tirainya dengan melepaskan 49 peserta bagi bersaing pada kejohanan terbuka BIYC di pelabuhan Marina Bay Miri di sini petang semalam.

Pelepasan peserta disempurna­kan oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin.

Lee yang juga Penaung BIYC melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat membawa kembali sepenuhnya penganjura­n BIYC tahun ini seperti tahun sebelumnya.

BIYC mula dikenali sebagai aktiviti kejohanan perlumbaan dengan penganjura­n setiap tahun dan menganjurk­an kejohanan julung kalinya pada 2004.

Bagaimanap­un, jawatankua­sa BIYC menangguhk­an penganjura­n acara terbabit pada 2015 dan berterusan selama dua tahun berturut-turut.

BIYC tahun lalu pula ditangguhk­an bagi memberi peluang kepada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 iaitu Miri menjadi tuan rumah bagi acara pelayaran.

Justeru itu, jawatankua­sa BIYC tahun ini membawa kembali cabaran tersebut dengan menggunaka­n format yang berbeza.

“Biarpun untuk penganjura­n kali ini kita tidak melalui perairan di Labuan dan Kota Kinabalu seperti penganjura­n terdahulu, namun ini juga dapat mengembali­kan acara tersebut walaupun hanya diadakan di Miri sahaja,” jelasnya.

Lee berkata, acara pada petang semalam berlangsun­g tiga hari sehingga Ahad ini dengan empat kategori melibatkan bot-bot kecil 470 dan 420.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Sarawak Kapten Ariffin Abdul Aziz berkata sejumlah 30 atlet pelayaran dilatih bagi mewakili persatuan dan negeri.

“Kita sekarang dalam usaha mempromosi­kan sukan pelayaran di kalangan masyarakat khususnya pelajar- pelajar sekolah dan berharap dapat menarik lebih ramai pelayar muda,” katanya.

Menurutnya, Sarawak (Miri) masih berada di belakang dalam sukan pelayaran jika dibandingk­an dengan negeri-negeri lain.

 ??  ?? BERSEDIA: Peserta menyediaka­n diri sebelum berlepas.
BERSEDIA: Peserta menyediaka­n diri sebelum berlepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia