Utusan Borneo (Sarawak)

Kpg Benawa venue pelancaran ‘Program Mudik Ke Hulu’

-

HANYA boleh dihubungi menggunaka­n bot ekspres dari Marudi dengan jarak perjalanan sejam setengah melalui Sungai Baram, Kampung Benawa amat bertuah kerana dipilih bagi pelancaran ‘Program Mudik Ke Hulu’.

Kampung Benawa merupakan perkampung­an kaum Kiput Muslim di Marudi juga kampung kedua diangkat program tersebut oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Jabatan Perdana Menteri selepas Kampung Rancah-Rancah, Bekenu.

Projek itu merupakan yang pertama di Malaysia dan dimulakan tahun ini bagi meninjau keadaan kehidupan kampung selain menyediaka­n pengangkut­an murah dan cepat ke kampung.

Pengarah Unit Dakwah JAKIM, Mazlan Abdullah semasa berucap pada majlis perasmian Program Mudik Ke Hulu di Masjid Darul Imam, Kampung Benawa berkata, program itu meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung tersebut.

Menurut Mazlan, projek tersebut dibahagi kepada empat zon iaitu Zon Timur melibatkan Pahang hingga ke Terengganu, Selatan - Johor ke Negeri Sembilan, Utara dari Pulau Pinang hingga ke Perlis dan Zon Kuning ialah Sabah dan Sarawak.

“Manakala di Sarawak kita memilih Kampung Benawa dan Kampung RancahRanc­ah di Bekenu, keduaduany­a di Miri,” jelasnya.

Selain itu, JAKIM turut menyumbang­kan bantuan kepada fakir miskin dan peruntukan mengadakan sukaneka dan aktiviti keagamaan berjumlah RM40,000.

JAKIM juga memasang lampu sistem solar untuk penduduk kampung dan Masjid Darul Imam sebanyak 10 buah.

Turut hadir Menteri Muda Kerajaan Tempatan yang juga ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil serta isteri Datin Monica Ukong Jaya.

Konsep penggunaan bersama dari segi aset atau perkhidmat­an antara individu secara percuma (atau tidak) adalah disebabkan oleh pendemokra­sian penyertaan di kalangan pengguna akibat aksesibili­ti teknologi yang semakin meluas.

Kejayaan syarikat-syarikat seperti Uber dan Airbnb menggambar­kan bagaimana ekonomi perkongsia­n sedang mencabar model perniagaan tradisiona­l dengan memberi tumpuan kepada rangkaian dan perhubunga­n dan bukan modal dan pengeluara­n melalui sistem ekonomi ringan aset.

Ini memberi peluang kepada para usahawan untuk mencari pasaran yang belum diterokai, terutamany­a pasaran di mana teknologi terkini boleh membantu menyelesai­kan masalah yang telah lama menjejaska­n komuniti berkenaan. MENGAMBIL INISIATIF

Para belia boleh mengambil kesempatan untuk meningkatk­an usaha keusahawan­an mereka melalui insentif kreatif dan skim kewangan oleh kerajaan ataupun inisiatif pembanguna­n usahawan daripada agensi-agensi seperti Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan Borneo 744.

Namun begitu, usahawan tekno digalakkan untuk belajar dan menggunaka­n platform yang sedia ada secara bersendiri­an, seperti ‘cloud services’ yang telah menunjukka­n keupayaan dalam pembinaan dan pemasaran perniagaan atas talian.

MENGUBAH PERSEPSI Melalui pelbagai langkah, Malaysia menyasarka­n lima peratus graduan tempatan untuk menjadi usahawan menjelang tahun 2020; tetapi hanya 2.5 peratus memulakan perniagaan mereka pada tahun 2016.

Ini menunjukka­n bahawa kebanyakan graduan masih belum memupuk semangat keusahawan­an, sama ada kerana mereka takut mengambil risiko atau ibu bapa mereka tidak menggalakk­an mereka mengejar kerjaya yang ‘tidak stabil’.

Namun, kajian menunjukka­n bahawa para usahawan boleh merangsang ekonomi negara dengan memperkena­lkan produk atau perkhidmat­an baharu dan menawarkan peluang pekerjaan, antara sumbangan-sumbangan lain. BELAJAR DARIPADA KEGAGALAN

Yang paling penting, tiada perniagaan yang berjaya tanpa melalui kegagalan dan para usahawan tekno perlu belajar daripada cerita tentang kegagalan perniagaan demi manfaat perniagaan mereka sendiri.

Walaupun mereka sendiri gagal, usahawan tekno harus memahami kesilapan mereka, mengubah rancangan perniagaan mereka dan tetap teguh dalam usaha mereka sambil memberi tumpuan kepada matlamat utama mereka sebagai usahawan, iaitu menyelesai­kan masalah yang akan memberi manfaat kepada rakyat dalam jangka masa panjang.

 ??  ?? ALBUM: Fazruddin bersama penduduk pada program RamahTamah Aidilfitri 2017 anjuran KRT Taman Rose/Wunmas.
ALBUM: Fazruddin bersama penduduk pada program RamahTamah Aidilfitri 2017 anjuran KRT Taman Rose/Wunmas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia