Utusan Borneo (Sarawak)

39 peserta ikuti Latihan Asas Siri 1 APM

-

SERAMAI 39 peserta mengikuti Latihan Asas Siri 1 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bahagian Miri pada 15 dan 16 Julai lalu.

Pegawai APM Miri Leftenan (PA) Mohd Hazlee Shah berkata, latihan diadakan bagi merekrut anggota baharu menyertai badan beruniform tersebut.

“APM Miri sentiasa komited merekrut dan melatih ahli baharu untuk terlibat dalam kegiatan sukarelawa­n kerana khidmat mereka diperlukan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n,” katanya ketika dihubungi di Miri, baru-baru ini.

Menurutnya, bagi tujuan itu pihaknya merancang melakukan pengambila­n dua sesi iaitu di Miri dan Marudi bagi mendekatka­n golongan belia dengan APM.

Katanya, pelatih diberi pendedahan mengenai pertahanan awam, teknik balutan, luka dan kepatahan, ikatan dan simpulan serta kawad kaki.

“Latihan itu dikelolaka­n tujuh pegawai dan jurulatih yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Latihan Asas Siri 2 pula turut diadakan di Balai Raya Kampung Narum, Marudi disertai kira-kira 16 pelatih baharu.

Pengambila­n pelatih baharu dalam keduadua siri latihan itu adalah komitmen APM Miri merekrut lebih ramai belia untuk terlibat dalam kerja kesukarela­an.

Pengambila­n anggota baharu adalah dibuka sepanjang tahun untuk semua warganegar­a berusia 18 tahun ke atas serta sihat tubuh, pandai membaca dan menulis.

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang jabatan iaitu www.civildefen­ce.gov. my atau datang sendiri ke pejabat APM Miri.

APM Miri turut memberi bantuan keskes kecemasan seperti mangsa kemalangan, memusnahka­n sarang tebuan, memindah mangsa banjir dan sebagainya.

Beliau berkata, sekiranya orang awam memerlukan bantuan kecemasan mereka boleh menghubung­i pusat kawalan operasi JPAM di talian 085-430389.

 ??  ?? REKRUT: Pegawai dan jurulatih APM Miri bersama pelatih baharu selepas tamat latihan.
REKRUT: Pegawai dan jurulatih APM Miri bersama pelatih baharu selepas tamat latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia