Utusan Borneo (Sarawak)

Galeri Petronas lancar pameran paparkan transforma­si negara

-

GALERI Petronas baru- baru ini melancarka­n pameran untuk memaparkan bagaimana seni bina Malaysia telah membentuk transforma­si negara dalam tempoh sebelum dan selepas merdeka pada tahun 1950- an dan 1960-an.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kuala Lumpur City Centre ( KLCC) Holdings Sdn Bhd Datuk Hashim Wahir dalam satu kenyataan di sini berkata pameran bertajuk ‘ Modernism of Merdeka’ merupakan kerjasama dengan Institut Arkitek Malaysia dan sebahagian daripada Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2017 ( KLA2017).

Beliau berkata, tempoh transforma­si Merdeka membaswa perubahan yang signifikan kepada Kuala Lumpur, ibu kota negara yang baharu dibentuk.

Arkitek berada di barisan hadapan perbahasan mengenai bandar dengan membentuk perancanga­n dan menghasilk­an seni bina yang membawa perubahan fizikal dan konfiguras­i masyarakat.

“Petronas telah berkembang seiring dengan Malaysia selama bertahun- tahun pembentuka­n dan membangunk­an pelbagai komuniti yang mendiami bandar- bandar yang sibuk sehingga meliputi kawasan paling terpencil di seluruh negara.

“Bandar dan pekan seperti Ketereh, Bintulu, Tronoh dan Pengerang adalah antara contoh yang menyaksika­n pertumbuha­n sosioekono­mi hasil kemunculan­nya sebagai pusat aktiviti minyak dan gas,” kata beliau.

Belia berkata pengunjung dapat melihat foto, lukisan, model, dokumen sosial dan penampilan media baharu yang mempamerka­n pencapaian, etika dan aspirasi generasi perintis seni bina Malaysia pada awal tahun- tahun Merdeka dan pembentuka­n Malaysia. — Bernama BAGI memastikan kunjungan ke Perak lebih bermakna dan kenangan itu terus kekal, usahawan seni kraf, Yu Azman Hamid, 42, telah mencipta kelainan dengan menghasilk­an ukiran dan replika bangunan terkenal di Perak menggunaka­n kayu.

Beliau berkata seni ukir di atas kayu bersama imej bangunan menggunaka­n teknik pemotongan laser itu yang dijadikan bingkai gambar semakin mendapat sambutan orang ramai.

“Tambahan sempena Tahun Melawat Perak tahun ini, ia mungkin satu bentuk cenderamat­a yang baharu yang boleh diketengah­kan kepada pengunjung dari dalam mahupun luar negara,” katanya kepada Bernama di Ipoh, baru-baru ini.

Sebelum ini, beliau yang berasal dari Gerik berkhidmat selama 18 tahun dengan sebuah syarikat terkemuka Jepun dalam bidang pembuatan seramik, namun membuat keputusan berhenti dan menceburi perniagaan kraf sejak dua tahun lepas.

“Hasil membuat cenderamat­a ini mampu menjana pendapatan RM5,000 hingga RM10,000 sebulan dan minat saya ini turut disokong oleh isteri Nursidah Che Mat,” kata pemilik kedai kraf ‘Skill Of Art’ di Taman Silibin, di Ipoh.

Selain itu, Yu Azman turut terkenal dengan penghasila­n arca menggunaka­n ‘plaster of paris’ dalam bentuk dua dan tiga dimensi yang merupakan antara kelainan diciptanya.

“Saya juga menghasilk­an seni lukis kufi menggunaka­n medium tersebut dan ia mendapat tempat di pasaran luar khususnya pengusaha hotel dan resort di Brunei serta Singapura,” katanya yang berhasrat untuk membangunk­an sebuah galeri seni peribadi.

Beliau turut bersyukur kerana usaha mempromosi produknya mendapat bantuan daripada kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara, Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.

Orang ramai yang berminat untuk menempah hasil seninya boleh menghubung­i nombor 012-4656060 atau 0113208544­0 atau boleh terus ke kedainya di Persiaran Jelapang 5, Taman Silibin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KONSEP KENEGARAAN: Mohd Sharkar (dua kiri) bersama Ishak (kanan) serta wakil syarikat Impact Media & Communicat­ion Sdn Bhd menunjukka­n baju-T berkonsepk­an kenegaraan yang tertera perkataan ‘Saya Malaysia’ dan ‘Respect Malaysia’ di Pejabat Tourism...
— Gambar Bernama KONSEP KENEGARAAN: Mohd Sharkar (dua kiri) bersama Ishak (kanan) serta wakil syarikat Impact Media & Communicat­ion Sdn Bhd menunjukka­n baju-T berkonsepk­an kenegaraan yang tertera perkataan ‘Saya Malaysia’ dan ‘Respect Malaysia’ di Pejabat Tourism...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia