Utusan Borneo (Sarawak)

Tourism Malaysia Pahang lancar baju ‘Respect Malaysia’ dan ‘Saya Malaysia’

-

DALAM usaha menyemarak­kan lagi kempen Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017 serta semangat patriotik dalam kalangan rakyat di negara ini, kerajaan negeri Pahang baru-baru ini melancarka­n baju edisi khas berkonsep kenegaraan ‘Respect Malaysia’ dan ‘Saya Malaysia’.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, baju yang dikeluarka­n dengan kerjasama Tourism Pahang dan syarikat Impact Media and Communicat­ion Sdn Bhd itu dijual secara dalam talian serta di karnival yang disertai oleh agensi tersebut.

“Baju Saya Malaysia dijual kepada orang ramai dalam usaha untuk menyemai semangat kenegaraan dalam diri rakyat negara ini manakala budaya menghormat­i pula dipupuk menerusi baju Respect Malaysia yang dihasilkan untuk pelancong.

“Ia dijual pada harga RM25 hingga RM45 dan boleh diperoleh menerusi wakil jualan di talian

010-2693626 atau layari Facebook dan Instagram Baju Saya Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Baju Saya Malaysia dan Respect Malaysia edisi khas Tourism Pahang di Kuantanyan­g turut dihadiri Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Urusan Impact Media and Communicat­ion Sdn Bhd Khairul Nizam Mahmood.

Katanya, baju yang dihasilkan itu berbentuk barangan koleksi dengan nombor yang tertera pada baju berkenaan bermula dari nombor 14,000 hanya dikeluarka­n sehelai sahaja bagi setiap nombor.

“Kita mahu ia menjadi antara lambang istimewa sepanjang promosi TMP 2017 dan kita menyasarka­n untuk menjual sebanyak 5,000 helai baju Saya Malaysia dan 1,000 helai baju Respect Malaysia kepada pelancong dalam tempoh setahun,” katanya.

Sementara itu, Mohd Sharkar berkata sepanjang tempoh setahun kerjasama itu bermula baru-baru ini, Tourism Pahang akan turut menerima 20 peratus daripada hasil jualan kedua-dua baju berkenaan.

“Hasil pendapatan daripada jualan baju itu akan diguna pakai oleh pihak Tourism Pahang untuk melaksanak­an aktiviti-aktiviti promosi pelanconga­n di negeri ini dan kita juga akan jadikan ia sebagai baju utama dalam semua aktiviti promosi produk pelanconga­n negeri.

“Sokongan yang diterima akan merancakka­n lagi aktiviti promosi pelanconga­n sekali gus menarik minat lebih ramai orang untuk datang menikmati keindahan semula jadi di negeri ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia