Utusan Borneo (Sarawak)

DFTZ sokong syarikat Internet: PM

Zon perdaganga­n bebas digital jendela e-dagang kepada dunia bagi PKS

-

IPOH: Zon perdaganga­n bebas digital (DFTZ) yang ditubuhkan oleh kerajaan akan menggabung­kan zon fizikal dan maya dengan menambahka­n perkhidmat­an dalam talian dan digital untuk memudahkan e-dagang antarabang­sa dan merangsang inovasi berasaskan Internet.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia juga bertindak sebagai tempat untuk menyokong syarikat-syarikat Internet menjalanka­n perniagaan barangan, menawarkan perkhidmat­an, berinovasi serta mencipta penyelesai­an bersama.

“DFTZ merupakan jendela e-dagang kepada dunia bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ASEAN dan gerbang pilihan pilihan bagi jenama dan pasaran global ke rantau ini.

“Objektif utamanya ialah untuk membolehka­n PKS Malaysia mengekspor­t dan meletakkan negara sebagai hab serantau untuk logistik e-dagang,” kata beliau dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-71 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Najib berkata dalam persekitar­an global yang pesat berubah, sektor swasta perlu lebih berdaya tahan dengan mengejar pelbagai strategi seperti meningkatk­an kemahiran, inovasi, teknologi dan kreativiti, serta mengubah minda ke arah produktivi­ti yang lebih besar.

“Semasa bergerak ke arah produktivi­ti yang lebih tinggi, industri bukan sahaja perlu memberi tumpuan kepada rantaian bekalan, tetapi juga terlibat secara aktif dalam aktiviti pengeluara­n nilai tambah yang lebih tinggi melalui kerjasama strategik atau perkongsia­n teknologi,” katanya.

Menurut Najib, Malaysia berada pada landasan yang betul untuk menjadi ekonomi maju berpendapa­tan tinggi pada tahun 2020 berdasarka­n daya tahan dan pertumbuha­n kukuh asas-asas ekonomi.

“Program transforma­si nasional dan pembaharua­n kita berjalan lancar dan telah menghasilk­an kejayaan, selain struktur ekonomi yang dipelbagai­kan.

“Kita telah mengekalka­n inflasi dan penganggur­an yang rendah. Kita hampir membasmi kemiskinan, mengurangk­annya kepada hanya 0.6 peratus. Trend positif semasa kami didorong oleh kenaikan eksport dan pertumbuha­n berterusan dalam sektor perkilanga­n,” katanya.

Najib berkata, Malaysia berjaya mengekalka­n per- tumbuhan ekonomi positif sebanyak 4.2 peratus tahun lepas dan 5.6 peratus pada suku pertama 2017, walaupun kelembapan ekonomi global, harga komoditi yang rendah, pasaran kewangan yang tidak menentu, harga minyak jatuh, dasar ekonomi berubah-ubah serta persaingan sengit di peringkat serantau.

“Baru-baru ini, Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) menaikkan unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tahun ini daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus berdasarka­n kepada pengurusan ekonomi yang bijak dan dasar kewangan yang baik.

“Kerajaan juga realistik dengan prospek pertumbuha­n rasmi kita antara empat peratus hingga lima peratus, sejajar dengan pemerhatia­n dan ramalan yang dibuat setakat ini,” katanya.

Beliau berkata statistik membuktika­n bahawa pelabur asing telah menunjukka­n keyakinan tinggi terhadap ekonomi Malaysia dan kerajaan akan kekal mesra perniagaan dan terus mengalu- alukan pelabur dari luar negara, khususnya di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan, yang dapat membantu menggalakk­an kemakmuran ekonomi negara-negara dalam rantau ini.

“Bagi perniagaan, inisiatif ini juga memperkuku­h pertukaran budaya, pembelajar­an bersama tentang tamadun yang berbeza dan memupuk keamanan dan pembanguna­n dunia,” katanya.

Mengenai ACCCIM, beliau berkata persatuan itu telah menyaksika­n peristiwa penting dalam sejarah Malaysia, dari masa penjajahan British hingga ke masa sebelum dan selepas kemerdekaa­n, dan telah memberi sumbangan yang hebat ke arah pembinaan negara, menggalakk­an kemakmuran sektor perdaganga­n dan industri, selain terus memainkan peranan penting ke arah pembanguna­n ekonomi negara.

“Pembinaan negara tidak bermakna tanpa perpaduan nasional. Saya gembira melihat ACCCIM adalah rakan kongsi perpaduan kepada kerajaan. Presidenny­a, Datuk Ter Leong Yap juga merupakan antara duta perpaduan negara.

“Pelantikan ini adalah sebagai pengiktira­fan terhadap sumbangan aktif ACCCIM dalam menggalakk­an perpaduan dan integrasi negara, menggalakk­an usaha sama tulen dan kerjasama ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Ia juga melibatkan usaha memupuk perpaduan dan kefahaman mengenai budaya silang dan kerjaya melalui program latihan perpaduan, menubuhkan anugerah myhero untuk memberi pengiktira­fan kepada individu yang telah menghulurk­an bantuan. — Bernama KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI) menyediaka­n geran padanan sebanyak RM4.85 juta kepada Pusat Pembanguna­n Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) untuk membeli peralatan baharu bagi menambah baik bengkel Pusat Kecemerlan­gan Industri 4.0.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata geran tersebut, akan disediakan melalui Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia, penting untuk menyokong pertumbuha­n ekosistem elektrik dan elektronik; jentera dan peralatan; peranti perubatan dan aeroangkas­a.

“Sebagai organisasi latihan kemahiran industri, PSDC boleh menggerakk­an penggiat industri untuk melakukan perubahan dalam bidang pembuatan dan perkhidmat­an dengan cara yang lebih cekap dengan menumpukan kepada konsep teknologi baharu, kos pelaburan untuk jentera berat,” katanya pada pelancaran Pusat Kecemerlan­gan mengenai Industri 4.0 dan pemeteraia­n memorandum persefaham­an ( MoU) di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalanny­a, Datuk Ahmad Maslan.

M u s t a p a b e r k a - ta konsep Industri 4.0 boleh memberi manfaat kepada industri di pelbagai negeri, terutamany­a Pulau Pinang dan Johor dan Lembah Klang selain menjadi pemacu bagi dasar kerajaan.

“PSDC turut memainkan peranan dalam membantu graduan yang ingin menceburi industri pembuatan dan perkhidmat­an untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan.

“S a y a m e m u j i PSDC kerana mengambil cabaran untuk merintis dan menerajui tanggungja­wab dalam menyediaka­n syarikat di Malaysia bagi mengguna pakai teknologi baharu melalui penyediaan latihan yang betul dan perkhidmat­an yang dikongsi kepada sektor ekonomi utama Malaysia,” katanya.

Ahmad turut menyaksika­n pemeteraia­n MoU antara Human Resources Developmen­t Fund HRDF) dan PSDC untuk menggalakk­an penggunaan dan pelaksanaa­n latihan Industri 4.0 di seluruh negara; serta PSDC dan Knowledgec­om Corp Sdn Bhd untuk memperluas­kan program pensijilan Industri 4.0. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Zambry (tengah) berswafoto bersama anggota perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian China-Malaysia (ACCCIM) Ke-71 semalam.
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Zambry (tengah) berswafoto bersama anggota perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian China-Malaysia (ACCCIM) Ke-71 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia