Utusan Borneo (Sarawak)

Public Bank sasar pertumbuha­n perniagaan peruncitan kekalkan keuntungan

-

KUALA LUMPUR: Public Bank Group menyasarka­n untuk mengekalka­n keuntungan­nya menerusi strategi pertumbuha­n organiknya dalam segmen teras perniagaan peruncitan bagi tahun kewangan 2017.

Pengasas dan Pengerusi Public Bank Bhd, Tan Sri Dr Teh Hong Piow berkata ini turut berasaskan kepada asas-asas dan kedudukan pasaran Kumpulan itu yang kukuh.

“Kumpulan ini menyasarka­n pertumbuha­n pinjaman akan seiring aliran pasaran dan pencapaian- nya mendahului pertumbuha­n industri.

“Kualiti aset akan terus menjadi kekuatan utama untuk ditumpukan dengan sasaran nisbah pinjaman terjejas kasar kekal pada kurang satu peratus pada 2017,” katanya kepada Bernama.

Menurut Teh, Kumpulan itu juga komited untuk mengekalka­n amalan kawalan dan pengurusan kos secara berhemat dengan sasaran nisbah kos kepada pendapatan sebanyak 33 peratus kepada 34 peratus.

“Margin faedah bagi tahun ini dijangka kekal di bawah tekanan berikutan persaingan sengit bagi pertumbuha­n pinjaman dan deposit pada masa ini selain peningkata­n kos dana.

“Bagaimanap­un, Kumpulan ini akan terus berusaha gigih untuk meningkatk­an jumlah dagangan perniagaan bagi menampung pemampatan margin,” katanya.

Mengulas lanjut, Teh berkata bagi mencapai sasaran ditetapkan, cabaran utama dihadapi Public Bank Group adalah aspek persekitar­an operasi dan persaingan landskap perbankan yang sengit.

“Kumpulan ini akan terus fokus kepada usaha mencapai sasaran kewanganny­a. Ia juga akan terus komited untuk mengukuhka­n kelebihann­ya dari segi persaingan, kecekapan operasi dan kemantapan perkhidmat­an pelanggan,” katanya.

Menurutnya, peningkata­n persaingan termasuk kenaikan harga dan penyusutan nilai ringgit, ternyata memberi kesan terhadap sentimen pengguna dan perniagaan yang sebaliknya menjejaska­n pertumbuha­n perniagaan perbankan.

“Bagaimanap­un, ekonomi Malaysia secara keseluru- hannya akan kekal dalam trajektori positif biarpun berdepan cabaran. Ini berikutan permintaan domestik yang kekal sebagai pemacu aktiviti ekonomi,” katanya.

Menyentuh pertumbuha­n upah serta pasaran buruh yang stabil, Teh berkata faktor berkenaan akan terus menyokong perbelanja­an domestik.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2017, keuntungan sebelum cukai Public Bank meningkat kepada RM1.736 bilion berbanding RM1.551 bilion, sebelum ini.

T e h j u g a m e n y - ifatkan kekuatan kewangan Kumpulan itu berteraska­n kepada kualiti aset yang kukuh dan kecekapan pengurusan kos yang dibuktikan oleh nisbah pinjaman terjejas kasar sebanyak 0.5 peratus dan nisbah kos kepada pendapatan 33.8 peratus setakat akhir Jun 2017.

“Tumpuan pembiayaan bagi pembelian hartanah kediaman, kenderaan penumpang dan pinjaman untuk perusahaan kecil dan sederhana, kekal menjadi pasaran khusus untuk Kumpulan yang menyaksika­nnya terus mempertaha­nkan bahagian be- sar pasaran segmen pembiayaan biarpun berdepan persekitar­an mencabar.

“Apabila peningkata­n kos memberi tekanan terhadap pendapatan, amalan pengurusan kos Kumpulan terbukti membantu dari segi kemampuan mengekalka­n keuntungan­nya,” katanya.

S e t a k a t a k h i r J u n 2 0 1 7 , P u b l i c B a n k Group mencatat nisbah kos kepada pendapatan sebanyak 33.8 peratus yang merupakan pencapaian lebih baik berbanding purata industri perbankan sebanyak 45.8 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia