Utusan Borneo (Sarawak)

Labuan IBFC, Labuan FSA jalin kerjasama dengan Abu Dhabi Global Market

-

KUALA LUMPUR: Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabang­sa Labuan ( Labuan IBFC), Lembaga Perkhidmat­an Kewangan Labuan (Labuan FSA) dan Abu Dhabi Global Market ( ADGM) memeterai dua memorandum persefaham­an ( MoU) berasingan membabitka­n kerjasama dalam aktiviti kewangan dan amalan kawal selia.

Pakatanitu­bertujuan menggalakk­an kerjasama lebih kukuh dalam aktiviti kewangan dan kawal selia bersama yang menyokong pertumbuha­n kedua-dua ekosistem kewangan di Labuan dan Abu Dhabi, kata Labuan FSA dan Labuan IBFC dalam satu kenyataan bersama, semalam.

Labuan IBFC Inc Sdn Bhd memeterai satu perjanjian dengan ADGM manakala Labuan FSA dan Pihak Berkuasa Kawal Selia Perkhidmat­an Kewangan (FSRA) bagi ADGM, menandatan­gani satu perjanjian berasingan.

ADGM, pusat kewangan antarabang­sa yang terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu ( UAE) berteraska­n kepa- da tiga kekuatan strategik - perbankan persendiri­an, pengurusan kekayaan dan pengurusan aset.

Di bawah perjanjian itu, ADGM dan Labuan IBFC akan meninjau projek yang memberi faedah bersama bagi jangka panjang dalam pembiayaan infrastruk­tur, inovasi baharu dalam bidang teknologi kewangan (fintech) serta kewangan hijau atau mapan.

FSRA dan Labuan FSA pula akan menumpukan aspek kerjasama kawal selia bagi penyeliaan institusi kewangan, kerjasama dan pertukaran maklumat serta aktiviti rentas sempadan dalam sektor kewangan Malaysia dan Abu Dhabi.

Ketua Pengarah Labuan FSA, Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin berkata MoU itu akan membuka jalan bagi bantuan bersama serta berkongsi maklumat seliaan antara Labuan FSA dan ADGM-FSRA untuk mengukuhka­n operasi rentas sempadan institusi kewangan di bawah bidang kuasa masing-masing.

“Saya percaya hubungan dua hala ini akan berperanan penting bagi menerapkan kestabilan kewangan dan pertumbuha­n mampan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ADGMFSRA, Richard Teng berkata perjanjian itu akan menggalakk­an lebih banyak usaha bersama dan inisiatif untuk memperting­katkan pembanguna­n fintech, inovasi dan potensi pelaburan rentas sempadan.

“Kita boleh bekerjasam­a secara erat untuk mewujudkan persekitar­an kawal selia yang baik serta menggalakk­an amalan dan tahap kawal selia mantap dalam kalangan masyarakat perniagaan di UAE dan Asia,” katanya.

CEO Labuan IBFC Inc, Danial Mah Abdullah berkata peluang besar menanti untuk dimanfaatk­an korporat dan perniagaan dari negara-negara Teluk dan Asia apabila berurusan di keduadua pusat kewangan berkenaan.

“MoU ini dimeterai tepat pada masanya dan seiring dengan komitmen kita untuk memperting­katkan kesalinghu­bungan antara global dan serantau,” katanya. — Bernama KUCHING: CL Khoon Electronic­s Sdn Bhd sedang mengadakan jualan penghabisa­n stok sehingga 30 Julai ini.

Jualan tersebut menawarkan harga menarik untuk hampir semua jenis kelengkapa­n elektrik rumah yang pasti memberikan kepuasan kepada pembeli.

Bersempena dengan jualan tersebut CL Khoon Electronic­s Sdn Bhd masa beroperasi premisnya bermula pada jam 9 pagi sehingga 8.30 malam dengan menawarkan barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, kipas, barangan dapur dan banyak lagi buatan FABER, SONY, Media, Panasonic, LG, Electrolux dan lain-lain.

Dengan setiap pembelian, pelanggan akan mendapat tiga kali ganda mata ganjaran Bonuslink dan juga mata poin keahlian.

Perkhidmat­an AEON Credit turut disediakan bagi pembayaran selepas pembel- ian tanpa faedah.

Premis CL Khoon Electronic­s Sdn Bhd terletak di Lot 2414 dan 2415, Batu Kitang Industrial Park, Jalan Batu Kitang di sini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian 082619619 atau fakskan ke 082618688.

 ??  ?? PROMOSI: Premis CL Khoon Electronic­s Sdn Bhd terletak di Lot 2414 dan 2415, Batu Kitang Industrial Park, Jalan Batu Kitang di Kuching.
PROMOSI: Premis CL Khoon Electronic­s Sdn Bhd terletak di Lot 2414 dan 2415, Batu Kitang Industrial Park, Jalan Batu Kitang di Kuching.
 ??  ?? HEBAT: Bagi mereka yang mengingink­an dapur yang lebih teratur dan selesa CL Khoon Electronic­s ada tawaran hebat.
HEBAT: Bagi mereka yang mengingink­an dapur yang lebih teratur dan selesa CL Khoon Electronic­s ada tawaran hebat.
 ??  ?? CANGGIH: Mesin basuh Samsung ditampilka­n dengan teknologi canggih.
CANGGIH: Mesin basuh Samsung ditampilka­n dengan teknologi canggih.
 ??  ?? BERBALOI: Barangan dan perkakasan dapur dijual pada harga tawaran hebat.
BERBALOI: Barangan dan perkakasan dapur dijual pada harga tawaran hebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia