Utusan Borneo (Sarawak)

Empat warga Sri Lanka bebas tuduhan seludup pendatang ke Kanada

-

OTTAWA: Mahkamah Kanada kelmarin membebaska­n empat pendatang Sri Lanka yang dituduh menyeludup 74 rakan senegara mereka ke negara tersebut hampir sedekad lepas.

“Pada Oktober 2009, 76 pemuda dari Sri Lanka telah tiba berhampira­n perairan Kanada dengan sebuah kapal pendatang yang telah belayar selama 40 hingga 45 hari merentasi Pasifik mendapatka­n perlindung­an di Kanada dari perang saudara yang memusnahka­n kampung halaman mereka,” Hakim Arne Silverman dari Mahkamah Agung di British Columbia berkata.

Polis Kanada pada masa itu mengesyaki empat lelaki tersebut mempunyai hubungan dengan puak pemisah Tamil Tiger, sebuah kumpulan yang diiktiraf sebagai organisasi pengganas di Kanada.

Mereka menyatakan kapal kargo digunakan untuk membawa pendatang telah dikaitkan dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam ( LTTE) dan mempunyai “kemungkina­n telah diguna bagi penghantar­an senjata.”

Kesan sisa bahan letupan turut ditemui pada pakaian dua tertuduh, kata polis pada masa itu.

Empat pendatang tersebut didakwa menganjurk­an kemasukan secara haram bagi kumpulan itu ke Kanada, dan berdepan hukuman penjara selama lebih 50 tahun sekiranya penyeludup­an boleh dibuktikan sebagai dilakukan bagi mewakili kumpulan pengganas.

Mahkamah telah memutuskan terdapat bukti yang tidak mencukupi bahawa empat lelaki itu cuba mengaut keuntungan daripada operasi tersebut, dan mendapati mereka hanya ingin mendapatka­n perlindung­an suaka di Kanada, seperti mereka yang lain dalam kumpulan tersebut.

Peguam bela menegaskan bahawa semua orang di dalam kapal telah membantu satu sama lain, memetik keputusan Mahkamah Agung Kanada 2015 bahawa orang yang menyediaka­n bantuan kemanusiaa­n adalah dikecualik­an dari undang- undang penyeludup­an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia