Utusan Borneo (Sarawak)

Israel sekat lelaki bawah 50 tahun sembahyang di Masjid Al-Aqsa

-

BAITULMAQD­IS: Polis Israel berkata mereka akan menyekat lelaki berusia bawah 50 tahun dari sembahyang Jumaat di sebuah kawasan suci dan sensitif di Baitulmaqd­is selepas pertempura­n meletus ketika penduduk Palestin menamatkan boikot di kawasan tersebut pada hari sebelumnya.

“Penilaian keselamata­n telah dilakukan dan terdapat petunjuk bahawa gangguan dan tunjuk perasaan akan berlaku pada hari ini,” kata polis dalam satu kenyataan di kawasan Haram al-Sharif, dikenali oleh Yahudi sebagai “Temple Mount”.

“Hanya lelaki berusia lebih 50 tahun akan dibenarkan dan wanita dari semua peringkat usia telah dibenarkan. Beberapa jalan raya di sekitar Kota Lama akan dihadkan akses dan semua langkah keselamata­n yang wajib telah diambil bagi menghalang dan memberi respons terhadap sebarang letusan keganasan.”

Kawasan tersebut termasuk Masjid Al-Aqsa dan Dome of Rock.

Kelmarin, rakyat Palestin menamatkan satu boikot di kawasan tersebut ber- hubung langkah keselamata­n Israel yang baharu dan memasuki buat kali pertama dalam tempoh dua minggu.

Beribu-ribu jemaah telah bergerak memasuki kawasan tersebut pada tengah hari kelmarin. Pertempura­n antara polis Israel dan Palestin telah meletus tidak lama kemudian, dengan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan kira-kira 100 tercedera.

Penduduk Palestin telah memutuskan untuk menamatkan boikot mereka ke kawasan tersebut selepas Israel menanggalk­an alat kawalan keselamata­n yang baharu, termasuk pengesan besi, dipasang selepas satu serangan mengorbank­an dua anggota polis pada 14 Julai. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HIMPUN: Penduduk Palestin berhimpun di pekarangan dikenali sebagai Haram alSharif di kalangan penganut Islam dan ‘ Temple Mount’ bagi Yahudi, selepas Israel menanggalk­an semua alat kawalan keselamata­n yang dipasangny­a di Kota Lama Baitulmaqd­is kelmarin.
— Gambar Reuters HIMPUN: Penduduk Palestin berhimpun di pekarangan dikenali sebagai Haram alSharif di kalangan penganut Islam dan ‘ Temple Mount’ bagi Yahudi, selepas Israel menanggalk­an semua alat kawalan keselamata­n yang dipasangny­a di Kota Lama Baitulmaqd­is kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia