Utusan Borneo (Sarawak)

China bebas enam warga Jepun didakwa terlibat ‘aktiviti haram’

-

TOKYO: Empat warga Jepun yang ditahan di China pada Mac lalu kerana didakwa menjalanka­n “aktiviti haram” sudah selamat kembali ke tanah air, kata pegawai kelmarin, tetapi dua lagi masih ditahan.

Ketegangan kerap mencemari hubungan Jepun-China, dengan pertikaian wilayah maritim dan ketegangan yang masih terasa berhubung sejarah kekejaman Tokyo dalam tempoh separuh pertama abad ke-20 yang masih amat menjengkel­kan.

China sudah menahan lima lagi warga Jepun sejak 2015, umumnya kerana disyaki menjalanka­n pengintipa­n.

Empat warga Jepun yang dibebaskan adalah antara enam yang ditahan di wilayah Shandong dan Hainan pada Mac lalu, menurut jurucakap utama kerajaan Jepun, Yoshihide Suga.

“Sementara kita membuat hubungan yang perlu dengan pihak berkuasa China, saya mahu mengelak daripada mengulas tentang maklumat kerana masih ada orang yang ditahan,” katanya.

Suga juga enggan mengulas mengenai sebab enam warga Jepun itu ditahan dan kenapa ada yang dilepaskan.

Kementeria­n luar Jepun enggan menyatakan bila sebenarnya keempat-empat mereka kembali, cuma ia “disahkan” kelmarin bahawa mereka sudah kembali dan sihat.

Pada awal tahun ini, Suga berkata pihak berkuasa China telah memberitah­u Jepun bahawa keenam-enam warga itu “melanggar undang-undang domestik” tetapi tidak memberi banyak maklumat.

Kementeria­n luar China pada Mei lalu berkata mereka sedang disiasat bagi “aktiviti haram”.

Enam warga tersebut adalah pegawai syarikat China yang melawat China setelah sebuah syarikat tempatan atau beberapa syarikat meminta mereka mencari mata air panas, badan penyiaran awam NHK dan media lain melaporkan.

Media Jepun membuat spekulasi bahawa kewujudan pelabuhan tentera di keduadua wilayah terbabit mungkin telah menyebabka­n mereka disyaki cuba mengakses maklumat perisikan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia