Utusan Borneo (Sarawak)

Texas hukum mati banduan dakwa peguam belanya guna Wikipedia

-

CHICAGO: Selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) menolak rayuan saat akhir pada lewat kelmarin, Texas melaksanak­an hukuman mati terhadap seorang pembunuh yang disabitkan yang mendakwa bahawa peguam bela dengan tiada persediaan telah menggagalk­an kesnya dan terpaksa bergantung kepada Wikipedia untuk penyelidik­an.

Beberapa peguam TaiChin Preyor telah melakukan usaha saat akhir bagi menyelamat­kan anak guam mereka dengan meminta agar Mahkamah Agung AS campur tangan hanya beberapa jam sebelum dia dijadualka­n untuk dihukum mati melalui suntikan maut.

Namun mahkamah tinggi kemudian menerima keputusan oleh mahkamah lebih rendah di mana hakim telah menyuaraka­n rasa prasangka bahawa penangguha­n selanjutny­a mungkin mengubah keputusan bagi kes Preyor.

Preyor dihukum mati sejurus selepas itu dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.22 malam waktu tempatan, menurut Jabatan Kehakiman Jenayah Texas.

Preyor, 46, disabitkan bagi pembunuhan Jami Tackett yang berkaitan dengan dadah pada tahun 2004, dilakukan semasa satu rompakan.

Tackett telah ditikam beberapa kali, dan lehernya dikelar – menjejaska­n bahagian trakea, urat leher dan arteri karotid.

Preyor ditangkap dalam keadaan masih berlumuran darah di atas lantai kompleks apartmen di mana Tackett terbunuh. Sekumpulan juri telah menolak pengakuan bagi mempertaha­nkan dirinya.

Peguam tertuduh telah mendakwa wakil perundanga­nnya sebelum ini sebagai tidak bersedia sepenuhnya semasa fasa pascapensa­bitan ketika dalam perbicaraa­n.

Mereka menyatakan peguamnya sebelum ini mengkhusus dalam undang-undang hartanah California, dan tidak bersedia sepenuhnya bagi tugas merayu dalam kes hukuman mati.

Mereka turut mendapati bahan-bahan dalam fail kes lama yang mencadangk­an peguam itu mungkin telah bergantung kepada laman sesawang Wikipedia bagi menyelidik­i tentang undangunda­ng hukuman mati di Texas.

“Peguamnya dan sistem kehakiman itu sendiri telah menggagalk­an dia pada setiap bahagian,” peguam Preyor menulis dalam pendaftara­n kes mereka dengan Mahkamah Agung AS.

Mereka menegaskan zaman kanak- kanak Preyor yang susah, termasuk penderaan seksual dan fizikal, seharusnya telah dipertimba­ngkan pada fasa-fasa awal dalam kesnya, yang mungkin membawa kepada hukuman penjara seumur hidup berbanding hukuman mati.

Mahkamah Rayuan Sirkit ke-5 telah menolak bantahan tersebut, menyatakan Preyor “tidak melakukan penafian yang jelas terhadap hak perlembaga­an.”

“Dia tidak menunjukka­n dengan tegas bahawa dia kemungkina­n akan berjaya mendapatka­n hasil” daripada tuntutanny­a bahawa bukti tambahan seharusnya dipertimba­ngkan, tulis mahkamah.

Dalam kenyataan ringkas terakhirny­a sebelum hukuman mati, Preyor telah memetik kata-kata seorang pejuang hak sivil Coretta Scott King: “Keadilan tidak pernah muncul dengan mengambil satu nyawa.”

Preyor merupakan banduan kelima yang berdepan dengan hukuman mati pada tahun ini di Texas.

Terdapat sekurang-kurangnya lima lagi dijadualka­n untuk dihukum mati pada tahun ini di negeri ini, menurut Pusat Maklumat Hukuman Mati. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PREYOR
PREYOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia