Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI CEDERA DITEMBAK SELEPAS DISANGKA HAIWAN LIAR

-

KUCHING: Seorang lelaki yang sedang leka mencari katak di sebatang sungai di Lundu cedera akibat ditembak selepas disangka haiwan liar oleh dua pemburu, malam kelmarin.

Menurut sumber, mangsa berusia 34 tahun dan berasal dari Kampung Stenggang, Bau semasa kejadian dikatakan mencari katak di sungai tidak jauh dari kebunnya sekitar jam 9 malam.

Difahamkan, semasa kejadian dua lelaki yang berasal dari kampung sama terkejut melihat ada pergerakan di dalam sungai tersebut, lalu melepaskan satu das tembakan senapang patah sehingga terkena kepala serta anggota badan mangsa.

“Mangsa meraung kesakitan dan ketika itu baharulah kedua-dua pemburu sedar bahawa mereka telah menembak mangsa yang disangkaka­n haiwan liar.

“Mereka kemudian segera menyelamat­kan mangsa dan terus mengejarka­nnya ke Hospital Lundu untuk mendapatka­n rawatan,” kata sumber.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan lanjut dan sehingga berita ini ditulis, dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal parah selepas terlibat kemalangan kendiri di Jalan Mambong, di sini malam kelmarin.

Lelaki berusia 53 tahun semasa kejadian dikatakan menunggang motosikal seorang diri dipercayai dalam perjalanan menuju ke rumahnya apabila gagal mengawal motosikaln­ya lalu terbabas.

Orang ramai yang menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah kemudian segera menghubung­i pihak hospital untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

“Mangsa telah diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke HUS menggunaka­n ambulans untuk mendapatka­n rawatan lanjut,” katanya

Sehingga berita ini ditulis semalam, difahamkan mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Zon Kuning Unit Kecemasan HUS.

 ??  ?? DITEMBAK: Mangsa yang disangka haiwan liar sehingga ditembak, tiba di HUS untuk mendapatka­n rawatan lanjut. PARAH: Mangsa yang berlumuran darah akibat kemalangan motosikal tiba di HUS untuk mendapatka­n rawatan.
DITEMBAK: Mangsa yang disangka haiwan liar sehingga ditembak, tiba di HUS untuk mendapatka­n rawatan lanjut. PARAH: Mangsa yang berlumuran darah akibat kemalangan motosikal tiba di HUS untuk mendapatka­n rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia