Utusan Borneo (Sarawak)

PERKOBF gesa agihan telus berhubung projek kerajaan

-

SIBU: Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Zon Tengah menggesa agar pihak berkenaan bersikap telus dan mengikut prosedur dalam mengagihka­n projek kerajaan.

Pengerusin­ya Jawi Anom berkata, memandangk­an ekonomi global masa kini tidak menentu para kontraktor turut tidak terkecuali menerima impak tersebut.

“Ia adalah berkaitan dengan projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) dan Program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang disalurkan kepada pihak berkenaan untuk diagihkan kepada pihak kontraktor.

“Kita difahamkan hanya kontraktor yang mempunyai lesen Kelas D dan E sahaja diagih projek berkaitan dan diberikan keutamaan.

“Bagi sesetengah projek ia hanya diberikan mengikut kemampuan seseorang kontraktor dan sewajarnya perlu dijalankan secara undi dan bukannya dipilih,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Jawi berkata, jika pengagihan projek tidak dijalankan dengan telus dan adil maka pihak kontraktor yang memegang lesen Kelas F tidak dapat mencari makan.

“Ini kerana semua barang dan sewa meningkat khususnya sewa pejabat semakin mahal. Macam mana kita hendak hidup kalau keadaan tersebut berterusan,” jelasnya lagi.

Beliau memohon agar pihak berkenaan menjalanka­n agihan sesuatu projek dijalankan secara cabut undi.

“Ini bagi membolehka­n semua kontraktor bersama-sama mendapat manfaatnya,” tambahnya lagi.

 ??  ?? JAWI
JAWI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia