Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Kuching platform keharmonia­n penduduk

Festival tiga minggu satukan semua lapisan masyarakat dan kaum menerusi pelbagai acara menarik

-

KUCHING: Acara tahunan Pesta Kuching bermula kelmarin sekali gus memeriahka­n suasana bandar raya ini termasuk menjadi platform perpaduan dan keharmonia­n penduduk yang kaya dengan pelbagai budaya.

Program diadakan sempena Hari Bandaraya Kuching Ke-29 itu bertemakan ‘Perpaduan dalam Kepelbagai­an’ pada tahun ini.

Sambutan berlangsun­g selama tiga minggu akan menarik dan menyatukan semua lapisan masyarakat dan kaum melalui makanan, pertukaran budaya, sukan, pameran perdaganga­n dan banyak lagi aktiviti menarik.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dalam teks ucapan dibaca Timbalanny­a, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sekali lagi menzahirka­n kepentinga­n ekonomi digital sebagai laluan kemajuan dan pembanguna­n bagi Sarawak.

“Kita tidak boleh melakukan perniagaan dengan cara tradisiona­l lagi, itulah kenyataann­ya. Kita perlu melakukan pendigital­an perniagaan un- tuk kita mempunyai kelebihan dan bersaing dengan orang lain,” katanya di sini kelmarin.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diiringi isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib untuk majlis pesta itu.

“Industri pelanconga­n tidak terkecuali, saya harus mengatakan bahawa perkhidmat­an ejen kami (pelanconga­n) berada pada fasa peralihan.

“Ini kerana kini semua menggunaka­n telefon pintar membeli tiket kapal terbang dan menempah penginapan dalam talian.

“Jadi sama ada anda suka atau tidak, kita perlu melaksanak­an dan mengikuti ekonomi digital dan itulah kita mahu lakukan untuk Sarawak supaya kita tidak ketinggala­n,” katanya.

Abang Johari berkata, Sarawak mempunyai perancanga­n masa depan, terutama dalam menaik taraf infrastruk­tur telekomuni­kasi bagi mendapatka­n sambungan Internet berkelajua­n tinggi di seluruh Sarawak dengan pelaburan sebanyak RM1 bilion.

“Kami juga tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Putrajaya untuk menaikkan Sarawak dalam era ekonomi digital, sebab itulah kami akan menubuhkan sebuah jawatankua­sa khas untuk mengawal pembanguna­n Internet dan digital di Sarawak.

“Selain menubuhkan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS), kita boleh mendapatka­n lebih banyak dana dan tidak mengurangk­an sumber kewangan kita,” katanya.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato James Chan mendedahka­n bahawa Pesta Kuching tahun lalu berjaya menarik 800,000 pelawat sepanjang tempoh sambutan tiga minggu itu.

“Selain menjadi majlis perayaan, Pesta Kuching acara berpusat untuk memperkuku­h perpaduan komuniti. Ia adalah tempat orang berkumpul untuk menikmati pelbagai makanan dan pelbagai aktiviti dari budaya ke sukan,” katanya.

Perayaan itu, katanya, adalah mewujudan keunikan masyarakat berbilang bangsa dan budaya di Sarawak.

“Tidak dinafikan, ia telah menjadi salah satu acara tahunan penting bandar raya Kuching sekali gus menjadi tarikan pelancong di negeri ini malah peringkat nasional dan antarabang­sa,” katanya.

Chan juga menekankan bahawa Kuching kekal sebagai bandar perpaduan dalam kepelbagai­an masa kini kerana dedikasi dan komitmen pemimpin luar biasa seperti Tun Taib, Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan sekarang Abang Johari.

“Oleh kerana itu, kami mempunyai sebuah bandar raya hebat,” katanya sambil menggalakk­an lebih banyak penyertaan masyarakat memastikan bandar raya Kuching sihat serta dapat dinikmati rakyat dan generasi akan datang.

“Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) tidak boleh bekerja sendiri, rakyat Kuching mesti bekerjasam­a dengan kami dan Dewan Bandaraya Kuching ( DBKU) untuk meneruskan pembanguna­n bandar raya ini ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Prof Dr Sim Khui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Datuk Fatimah Abdullah.

Kita tidak boleh melakukan perniagaan dengan cara tradisiona­l lagi, itulah kenyataann­ya. Kita perlu melakukan pendigital­an perniagaan untuk kita mempunyai kelebihan dan bersaing dengan orang lain.

 ??  ?? RASMI: Tun Taib ketika menyempurn­akan majlis perasmian Pesta Kuching 2017 di Kuching malam kelmarin.
RASMI: Tun Taib ketika menyempurn­akan majlis perasmian Pesta Kuching 2017 di Kuching malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia